CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

Mangsa Gempa Bumi Bukan Manusia Pun Diselamatkan, Lebih 300 Haiwan Ditemui

[Copy link]
Post time 16-2-2023 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Beratus haiwan diselamatkan pasukan tindak balas bencana ketika usaha mencari dan menyelamat diteruskan di selatan Turkiye yang dilanda gempa bumi terburuk minggu lalu.


Kosmo memetik Anadolu melaporkan, lebih 300 haiwan diselamatkan termasuk beribu-ribu penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di kawasan bencana di Hatay iaitu salah satu daripada 10 wilayah yang dilanda gempa bumi berkembar itu.




Persatuan Perlindungan Haiwan di Hatay berjaya menyelamatkan lebih 300 haiwan di bandar itu. - Anadolu Agency





“Saya telah kehilangan ramai orang termasuk saudara-mara dan rakan terdekat tetapi kami perlu bangkit. Kami perlu kekal bertenaga. Nyawa (haiwan) ini juga penting,” kata Ahli kanan Persatuan Perlindungan Haiwan di bandar itu, Ibrahim Gocer.


Menurut laporan, haiwan berkenaan dibawa ke tempat perlindungan di mana ia akan dijaga dan dirawat.


Sementara itu, Ayse Taskiran yang mengetuai pasukan itu berkata, pasukannya sedang berusaha menyelamatkan nyawa mangsa gempa bumi bukan manusia berdasarkan laporan yang mereka terima mengenai kemungkinan lokasi keberadaan. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.049675 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list