Sedekad melarikan diri, akhirnya lelaki warga Jerman berusia 42 tahun ditahan di Filipina atas tuduhan membunuh sepupunya di Berlin dengan pedang samurai, lapor Agensi Akhbar Jerman dpa.
Menurut Pesuruhjaya Imigresen Norman Tansingco, polis menahan lelaki itu di rumahnya di perbandaran Tuba iaitu kira-kira 200 kilometer di utara Manila pada 31 Januari dan akan dihantar pulang ke Jerman serta dilarang memasuki semula ke Filipina.
Lelaki diburu sedekad potong sepupu dengan pedang samurai
Lelaki itu didakwa memotong badan sepupunya menggunakan pedang samurai dan mencuri barang berharga sebelum melarikan diri.
"ihak berkuasa Jerman kemudiannya memperoleh maklumat bahawa dia telah melarikan diri ke Filipina ketika waran tangkap terhadapnya dikeluarkan mahkamah daerah Jerman.
"Rekod menunjukkan dia tiba di negara ini pada 12 Julai 2014 dan tidak pulang sejak itu," kata ketua unit pencarian buruan, Rendel Ryan Sy yang dipetik BERNAMA.
Suspek akan dihantar pulang ke Jerman dan dilarang memasuki semula ke Filipina, kata Tansingco. - CARI |