CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 851|Reply: 4

Tayar Motor Bergesel, Lelaki Mati Digilis Dan Diseret Lori Ayam Sejauh Lima Meter

[Copy link]
Post time 15-2-2023 09:13 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LANGAT – Seorang lelaki maut apabila apabila digilis dan diseret sejauh lima meter oleh sebuah lori muatan ayam dalam kejadian di Kilometer 33 Jalan Klang- Banting- Port Dickson, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata,  kemalangan berlaku ketika mangsa yang berusia 43 tahun menunggang motosikal jenis Honda Wave dan lori itu masing-masing menuju ke Morib dan Banting.


Katanya, setiba di lokasi kejadian motosikal mangsa dipercayai bergesel tayar belakang sebelah kiri lori menyebabkan kenderaan yang ditunggang hilang kawalan sebelum terjatuh atas jalan seterusnya digilis dan diseret lori tersebut sejauh lima meter.




Foto: Kosmo




“Mangsa yang parah di kepala selain kaki kanan hampir putus kemudiannya meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayatnya telah dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau menambah pemandu lori dan kenderaannya telah ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Justeru, Ahmad Ridhwan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Keisha Nur Azalea Betty Saran ditalian 011-62622972 atau 03-31872222. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 11:15 AM | Show all posts
hamoih nama polis kerlassss yachhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 12:07 PM | Show all posts
takziah buat fmly
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 08:09 AM | Show all posts
sian eh. takziah tau
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 08:33 AM | Show all posts
what an unfortunate events




btw...nama io ni
Keisha Nur Azalea Betty ..... drama akasia is real

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.190135 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list