CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7587|Reply: 17

[Jenayah] Tahniah Imigresen, anak pemimpin GISBH tersontot di pintu sempadan

[Copy link]
Post time 20-9-2024 10:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 21-9-2024 02:43 AM

Kuala Lumpur: Anak pemimpin GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) antara lima individu yang ditahan dalam Op Global di sempadan Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Kedah, hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, Unit Risikan Sempadan Zon Utara berjaya mengesan dua kenderaan mempunyai lambang GISBH di lokasi terbabit kira-kira jam 6 petang tadi.

"Hasil pemerhatian terhadap kenderaan itu mendapati ia bergerak ke Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand.

"Tindakan pemeriksaan dibuat dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah dan berjaya menahan kenderaan itu serta lima lelaki.

"Kelima-lima lelaki yang ditahan termasuk anak pemimpin GISBH itu berusia antara 28 hingga 41 tahun," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya merampas beberapa kenderaan dalam tangkapan itu.

"Soal siasat awal dan proses dokumentasi terhadap kesemua suspek berkenaan sedang dijalankan.

"Tangkapan dan rampasan terbabit akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan lanjut," katanya.

Harian Metro dan Metro Ahad menerusi laporan eksklusif sejak 7 September lalu melaporkan bakar tangan, cabut rumput sehingga penuh plastik hitam dan salah laku seksual antara bentuk penderaan yang dilakukan sebuah rumah kebajikan yang bernaung di bawah sebuah syarikat berkaitan produk Islam terkenal.

Malah, ada dalam kalangan mereka menjadi mangsa liwat dan lebih malang selepas diliwat mereka pula akan dipaksa meliwat rakan lain oleh penjaga.

Kegiatan penderaan fizikal itu dikatakan berlaku sejak lebih 10 tahun lalu membabitkan penghuni di rumah berkenaan terbongkar selepas seorang penjaga berusia 19 tahun ditahan pihak berkuasa Rabu lalu di Seremban, Negeri Sembilan.

Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2024 10:04 PM | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat mewah hidup diorg neh.yg pengikut ..sedehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Celaka betul iblis2 ni. Siap bawak caravan untuk bawak lari aset2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 20-9-2024 10:21 PM
Hebat mewah hidup diorg neh.yg pengikut ..sedehhhh

Selama ni aku ingatkan zuhud, jaga kebajikan pekerja, Islamik berniaga... Rupa-rupanya lagi jahat dari yahudi. Yahudi pun bayar gaji pekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap asa caravan. Tgk rumah ceo pun bukan main mewah lagi. Bukan main dgn selebret besday ke apa sampai berlambak² kek.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2024 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Al-Arqam


GISB
Tersungkur di pintu sempadan

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 20-9-2024 10:30 PM
Selama ni aku ingatkan zuhud, jaga kebajikan pekerja, Islamik berniaga... Rupa-rupanya lagi jahat  ...

Kalau macam tu, Yahudi tu kena berguru lagi la. Belum cukup mantap business model.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2024 11:08 PM | Show all posts
Syial la...

Child labour tpi yg atas2 kayooo
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak lari tapi guna kenderaan berlogokan GISB... tulisan besar lak tu.
Buat keje tak clean.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 11:22 PM | Show all posts
lenkali cabut la dulu logo tu dikkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak lari ke mmg nak minta ditangkap
Logo sebesar alam lupa nak buang yer
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 20-9-2024 11:22 PM
lenkali cabut la dulu logo tu dikkkkk

Kalau cabut ibarat murtad la
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 20-9-2024 10:38 PM
Siap asa caravan. Tgk rumah ceo pun bukan main mewah lagi. Bukan main dgn selebret besday ke apa sam ...

Rumah kat mana...sini ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg betul saitonirajim la...td kwn non muslim i dk cite psl ni..malu sgt..mamat india tu dh la kuat agama..so he dk cite psl kes ni...adoi..
pastu i ckp dorg tu ajaran sesat..kalau betul islam bkn cmtu ..nsb la he stop dh cite ni bila i tkr topik..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Logo tak tanggal, dengan songkok tingginya lagi... dari jauh dah boleh bau.
Tak penah tonton dan belajar dari muvie omputeh le nim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2024 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 21-9-2024 01:09 AM

Huhuh nak lari planning out, x tgk movie omputeh ka
Bagus lagi planning bangjat lari Thailand terus ke Australia taw
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
yg peliknya berkenaan isu gisbh ni adalah leader2 gisbh dah lama dah jumpa anwar ibrahim sbg perdana menteri malaysia.. takde apa2 tindakan pun.. kenapa lemah sangat pentadbiran bawah anwar ni

yg mencetuskan pembongkaran isu gisbh ni adalah netizen termasuk acik2 porem, mufti perlis, geng yg menggelar diri mereka pukas dll
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.045385 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list