|
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan Utusan Malaysia tidak berminat menjadi pengurus pasukan kebangsaan.
Perkara itu dimaklumkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin.
Beliau dimaklumkan sendiri TMJ sewaktu bertemu pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu di Johor Bahru, Sabtu lalu.
FB JOHOR SOUTHERN TIGERS
“Pertama, beliau (TMJ) jumpa saya sebab nak tahu mengenai kemenangan saya (sebagai Ahli Majlis FIFA) di Bahrain dan beliau ucapkan tahniah.
“Kedua, saya nak jelaskan beliau tak berminat nak memegang apa-apa jawatan (dalam skuad kebangsaan), sama ada pengurus pasukan atau apa sahaja.
“Tetapi bermula dari sekarang beliau nak usahakan untuk membantu pasukan kebangsaan, apa yang boleh beliau bantu terutama untuk persiapan ke Piala Asia 2023 pada Januari tahun depan.
“Beliau kata nak sumbangkan beberapa kelengkapan gimnasium lagi dan beliau minta Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon senaraikan barang.
“Kemudian beliau kata Stadium Nasional nak kena buat (naik taraf) tahun ini, jadi beliau mempelawa untuk bermain di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
“Pan Gon pun tiada masalah dengan perkara itu dan dia pun sukakan padang di Stadium Sultan Ibrahim selain fasiliti sains sukan yang ada dekat sana,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
FB JOHOR SOUTHERN TIGERS
Terdahulu, TMJ dipersetujui beberapa pihak sebagai individu yang layak menjadi pengurus pasukan Harimau Malaya terutama untuk menghadapi Piala Asia 2023.
Dalam pada itu, Hamidin berharap semua kelab dalam Liga Malaysia (Liga M) selain kerajaan boleh membantu untuk membawa pasukan kebangsaan ke tahap lebih tinggi. - CARI |
|