CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2381|Reply: 29

Perdagang Jenazah, Tiga Kakitangan Hospital Serdang Menangis Dipenjara

[Copy link]
Post time 14-2-2023 04:11 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM – Perbuatan tiga kakitangan Hospital Serdang menerima rasuah bagi memperdagangkan jenazah mendapat balasan setimpal apabila dijatuhi penjara antara tiga hingga lima bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.


Hakim Rozilah Salleh menjatuhi hukuman itu selepas kesemua tertuduh Mohd. Shah Rizan Yasak, 43; Mohd. Riduan Ibrahim, 41 dan Muhamad Yusri Yusof, 36 mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dibacakan secara berasingan kepada mereka.


Ketiga-tiga tertuduh juga dikenakan denda antara RM5,000 hingga RM20,000 atau berdepan penjara tambahan antara tiga hingga enam bulan.


Foto: Kosmo




Kesemua mereka yang tidak diwakili peguam itu didapati menangis selepas dijatuhi hukuman itu.


Rozilah dalam penghakimannya menjelaskan tanggungjawab semua tertuduh adalah mulia dan sepatutnya menolak apabila ditawarkan rasuah.


“Jangan bagi cadangan atau peluang dan sepatutnya menegur (perbuatan rasuah) baru ada integriti sebagai penjawat awam.Kamu telah gagal.


“Dapat duit (gaji) sedikit, biar berkat. Ada fikiran yang Allah bagi untuk menilai baik dan buruk. Apa yang kamu buat ini salah dan harap hukuman ini jadi kifarah kepada kamu,” tegasnya.


Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11, di Unit Forensik Hospital Serdang telah menerima wang tunai masing-masing RM1,100, RM3,550 dan 6,250 menerusi pemindahan atas talian dalam akaun bank masing-masing daripada pemilik sebuah syarikat yang berusia 32 tahun bagi kerja-kerja pengurusan jenazah.


Perbuatan itu dilakukan antara 18 Mac 2018 hingga 7 Ogos di dua cawangan bank berlainan sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang dan Banting.


Justeru, mereka didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Pada prosiding di mahkamah sama, seorang lagi rakan mereka iaitu Hairul Nizam Idris, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan termasuk pilihan menerima wang tunai RM1,100 daripada individu sama.


Perbuatan itu dilakukan di sebuah cawangan bank di Kajang pada 20 dan 23 April 2018.


Justeru dia dakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah 24 (1) akta yang sama yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.


Selain itu, bapa tiga anak itu juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.


Hairul yang diwakili Peguam Siti Nurul Jannah Rizali dibenarkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin selain menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM. Sebutan semula kes ditetapkan 17 Mac depan.


Sepanjang prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd. Alif Shaharuzaman. -CARI


Sumber: Kosmi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 04:16 PM | Show all posts
orang mati pun di buat bisnes nya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Org beli jenazah utk apa ek?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 04:23 PM | Show all posts
yang pemilik company tawar duit tu kena apa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh tak clear la cerita ni.
Company tu nak beli jenazah utk apa wei
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Menangis konon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Cemacam bisnes skrg
Ni co ni suap suruh pakai khidmat dia utk uruskan jenazah ke, gitu la kot ya
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ingat ke berita dr indonesia.. anyway mayat tu nak buat ape, ke nak organ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tak faham.. cerita tak clear.. jual organ ke? tak kn jual jenazah plak? nanti nak kebumi mesti family nak tengok.. ke jual jenazah yang tak dituntut? ke jenazah bukan orang malaysia.. tak clear woiii ceritanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai casket laaa ni kot. Ada org mati, depa contact kedai tertentu. Lagi kaya org tu, lagi tinggi laaa harga depa cekik. Warga asing mati nak bawak balik negara depa pun, byk boleh buat duit
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 14-2-2023 04:34 PM
Eh tak clear la cerita ni.
Company tu nak beli jenazah utk apa wei

Bukan beli jenazah.

Kes ni rasanya
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/05/959908/rm30000-hasil-rasuah-urus-jenazah
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukti  rasuah kat negara ni dah out of control...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sanggup ko ye jenazah org..patutnye 5 tahun duk penjara free
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 05:29 PM | Show all posts
Kes ni aku rasa, mcm kes komisyen juga. Kau introduce kat kawan2 dpt la komisyen.
Cuma depa ni guna kedudukan utk public ambik servis dgn company tu. Lps tu dpt duit.

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tender terus la ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 14-2-2023 05:16 PM
Bukan beli jenazah.

Kes ni rasanya

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/05/959908/rm30000-hasil-rasuah-urus-jenazah

Ohhhh, yg ni ya? Thank you, chuols! Bila nampak SPRM tu baru fahemmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kes macam geng2 tarik kereta. Sapa dpt dulu...dia dpt job. Company nak dpt info awal jadi dia rasuah laa penjara bilik mayat...org lain terlepas
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 07:20 PM | Show all posts
kut dosa boleh hapus dgn menangis atas bumi

dosa bila dah mati, macam mana nak kira tu????

meleis isleeeee
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai...x berbaloinya terima rasuah setakat 6k tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 08:36 PM | Show all posts
kads replied at 14-2-2023 07:26 PM
Aduhai...x berbaloinya terima rasuah setakat 6k tu

Biasalah bilis..kalau jerung....belum tentu lagi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.175706 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list