View: 383|Reply: 0
|
[Perak]
Manfaat teknologi dron jimat kos, masa pesawah
[Copy link]
|
|
Pasir Salak: Biarpun masih di bangku persekolahan, seorang pemuda di Kampung Sungai Buaya, Seberang Perak, dekat sini bijak memanfaatkan teknologi dron bagi membantu keluarganya bersawah.
Muhammad Fitri Rusli Maidin, 18, menggunakan dron jenis EFT Agricultural Drone High Spray Pressure (Dron Pertanian Semburan Tekanan Tinggi) yang dibeli oleh ayahnya, Rusli Maidin Zainol, 45, sejak awal tahun lalu bagi tujuan menyembur racun di sawah milik keluarganya.
Menurutnya yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 20 Februari depan, penggunaan teknologi itu amat membantu dari segi penjimatan kos dan masa.
"Pendekatan manual memakan masa sehingga sejam setengah untuk aktiviti meracun satu petak sawah berkeluasan 0.6 hektar. Namun ia dapat disingkatkan sehingga 10 hingga 13 minit dengan penggunaan dron.
"Hasil semburan racun menggunakan dron juga lebih sekata berbanding kaedah manual. Tangki dron 16 liter ini boleh diperuntukkan bagi kegunaan satu petak sawah. Ini sekali gus mengelakkan pembaziran sumber dan kos racun," katanya ketika di temui di Kampung Sungai Buaya, hari ini.
Bercerita lanjut, Muhammad Fitri berkata penggunaan dron bagi aktiviti meracun juga menyumbang kepada tahap kesihatan pesawah yang lebih baik.
"Risiko sentuhan terus kulit dengan racun juga dapat dielakkan dengan adanya teknologi ini. Sekali gus, kesihatan para pesawat lebih terjamin.
Ramai juga pesawah di kawasan ini memerlukan perkhidmatan dron, dari situ saya dan ayah boleh jana pendapatan tambahan memandang ramai sudah beralih dari kaedah manual atas faktor kos," kata anak sulung dari tiga beradik itu.
Ditanya mengenai persediaan dirinya menghadapi SPM, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil itu berkata, dia sudah pun membuat persediaan secukupnya melalui ulang kaji pelajaran setiap hari.
"Berkat bantuan dan sokongan daripada guru dan keluarga, insya-Allah saya yakin usaha ini usaha a dan rakan-rakan selama ini akan membuahkan hasil," katanya.
Muhammad Fitri yang juga calon SPM menggunakan drone bagi menyembur racun di sawah milik ayahnya. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asa-pesawah-metrotv |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|