CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19000|Reply: 264

'Segerakan bayaran tanpa sebarang ansuran' - Hidayah

[Copy link]
Post time 13-2-2023 09:22 PM | Show all posts |Read mode
'Segerakan bayaran tanpa sebarang ansuran' - Hidayah


Siti Norhidayah Mohd Ali

Kuala Lumpur: Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah menggesa pelawak Ali Puteh membayar RM60,000 kepadanya yang ditetapkan mahkamah sebelum ini dalam kadar segera tanpa kaedah ansuran.

Hidayah berkata dia tidak bersetuju sekiranya pihak Ali mahu menjelaskan jumlah bayaran berkenaan secara ansuran kerana tempoh masa yang agak lama sudah diberi dan kini dia ingin fokus dengan kehidupan bersama anak, Syed Uthman Hamzah serta perniagaan.

"Saya tidak bersetuju dengan bayaran secara ansuran kerana perkara ini sudah diberi tempoh masa yang agak lama serta peguam saya juga memberi notis selama 21 hari untuk memberi kerjasama, tetapi pihak sana (Ali) tidak memberi sebarang jawapan.

"Dengan ini, saya menegaskan untuk pihak sana segerakan bayaran tanpa sebarang ansuran kerana saya tidak mahu ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku agar tidak ada perkara berbangkit kerana hal ini adalah perintah mahkamah yang jelas.

"Saya juga ingin fokus dengan kehidupan saya dan Hamzah (anak) serta bisnes saya. Jadi, saya minta permudahkan urusan saya dan bayar dalam kadar segera kerana saya telah beri ruang dan tempoh masa yang agak lama sebelum ini. Hal ini akan diketengahkan dengan tindakan segera jika pihak sana masih melengah-lengahkan dan tidak memberi kerjasama," katanya kepada Harian Metro.

Ali Puteh akan bayar RM60,000 secara ansuran


Ditanya juga sama ada peguam daripada pihaknya sudah dimaklumkan yang Ali mahu membayar secara ansuran, Hidayah berkata peguamnya tidak menerima sebarang surat seperti mana yang diwar-warkan oleh pihak sana.

Menerusi laporan Harian Metro sebelum ini, Ali memberitahu dia akan menjelaskan bayaran RM60,000 kepada Hidayah yang ditetapkan mahkamah sebelum ini secara ansuran.

Katanya, proses pembayaran itu masih dalam perbincangan membabitkan peguamnya dan peguam Hidayah.

Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ang-ansuran-hidayah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2023 09:26 PM | Show all posts
Go Dayah, go!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat jer lah personal loan. Ko bayar bulan2 kat bank. Samer jer konsep. Dayah senang ko pun senang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaa.. aku puas hati dgr statement dayah yg ni.. tegas je..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
menjad replied at 13-2-2023 09:26 PM
Buat jer lah personal loan. Ko bayar bulan2 kat bank. Samer jer konsep. Dayah senang ko pun senang.

Tak sama kalau personal loan. Mau kena bayar lebih kat bank. Nasib dayah ni bijak. Takde nak kesian kat Ali ni. Ha
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by red_velvet at 13-2-2023 09:35 PM
menjad replied at 13-2-2023 09:26 PM
Buat jer lah personal loan. Ko bayar bulan2 kat bank. Samer jer konsep. Dayah senang ko pun senang.


Kerjaya pelawak sangkak macam tu mane ade bank berani nak bagi loan . Lagi2 dgn isu & statement2 bodoh sombong si kALIamak ni buat, officer bank tu pun aku rasa koyak2 kan je application form heshe tanda soliditari kat hamzah n dayah.. gituu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2023 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tu makan dia….
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheila1987 replied at 13-2-2023 09:33 PM
Tak sama kalau personal loan. Mau kena bayar lebih kat bank. Nasib dayah ni bijak. Takde nak kesia ...

Bank officer pun agaknya bila nampak application Ali ni, terus reject… halah halah Ali. Jual la alza tu ke, or kalau sibuk sangat nak faraid kan rumah arwah tu, kai bagi je la bahagian kau (yang kononnya ada tu) pada Dayah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2023 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dayah... Ni je cara nak ajar manusia biadab n kurang ajar.. sila proceed saman fitnah  yang baru pulak lepas ni ye.. kali ni tabuh sampai 10juta.... Bir buku bertemu ruas .. diam2 si dayah selama ni sedap dia pijak2 macam org tu takde mak bapak.. naah what u give u get back!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Yehhhh dayah... Jangan kasi muka kat Liitammengkarung tu.  Kasiii hajarrr sama dia.

Pasal surat konon mintak ansuran tu ai lebih percayakan Dayah . Liitamm putar belit susah nak percaya org macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekdahnya... siap berlagak cakap nak bayar ansur guna duit sendiri. Dah fitnah dan fitnah lagi ingat org nak layan. Buatlah lagi perangai susun² makan harta anak yatim dunia lagi ALLAH dah tunjuk.

Semoga jadi panduan pada umat manusia yg lain jangan sekali makan dan amek harta yg bukan hak kita.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 13-2-2023 09:40 PM
Yehhhh dayah... Jangan kasi muka kat Liitammengkarung tu.  Kasiii hajarrr sama dia.

Pasal surat kon ...

dah hitam berkilat pula hahs
ingat courts mammoth ke byr bulan2…

tgk ali klau post acah2 islam hbis haha
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CurangLagi at 13-2-2023 01:48 PM

Maybe susun blm bayar loyer.. Tu yg surat x smpi2 lagi.. Sabar ya dayah
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal Ali ni xbagi je hak dayah dgn hamzah...bagi je la rumah keta...dah mmg hak diorang...kau buat tamak mcm ni, maki hamun dpt, berdosa dpt, siap pulak turun Naik mahkamah, kena bayau dayah lagi....klu dari dulu kau bagi je hak diorg aman damai dah hidup kau...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Go Dayah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Org tu dh bagi lama masa.. Siap bg tinggai lagi kat rumah tu... Tp ali g fitnah pulak die...
Tuuuuu makan die...
Busuk hati... Bangkai...segala semuela....
Ali susun... Walaupon rumah tu wujud sebelum kedatangan dayah.. Tp tanggungjawab rumah tu abam yg uruskan dulu... Bukan lg hak milik keluarga ko ali... Tapi waris die.. Anak die... Ko boleh paham x ali...
Nape ko menyusahkan keadaan...mmg perit mengenangkan segala nya.. Pahit tuk di terima... Tp undang2x tak berpihak pada kau ali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2023 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada ansuran bagi mu ali itam
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Ali ni sedar diri. Kalau dia elok mintak maaf aku pasti dayah pun akan berlembut and benarkan dia buat ansuran. Ni lain pulak...lagi nak sebar fitnah kata org tu main sihir pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dayah
Nanti makin byk drama dio tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 10:01 PM | Show all posts
Yesssss.. ini makan dia utk ko ali. setahun dah kot perintah mahkamah tu keluar, ko buat bodoh je. bagi notis 21 hari pun ko buat bodoh ye. ko igt ko samseng sangat nak buli kakak ipar ko ye.

aku siap membayangkan si ali ni mengamuk baca berita ni.. mencarut memaki hamun sambil tarik2 rambut sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.075550 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list