CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5823|Reply: 56

Idzu Saujana Terpaksa Pakai Cermin Mata Untuk Nampak Tua, Selalu Disalah Anggap Macam Budak Intern

[Copy link]
Post time 13-2-2023 06:19 PM | Show all posts |Read mode
“Terpaksa pakai cermin mata supaya nampak lebih tua disebabkan ada yang menganggap saya sebagai pelajar praktikal atas faktor usia masih muda.”


Demikian pendedahan penyanyi kumpulan nasyid Saujana juga ahli perniagaan Dr. Idzu Baharin, 42, mengimbau perjalanan kariernya sebagai usahawan pada usia muda.


Idzu menerima pengiktirafan daripada agensi kerajaan, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) iaitu MTDC Symbiosis Company Award, baru-baru ini.


Foto: IG






Idzu berkata, anugerah diterima berdasarkan pencapaian membangunkan teknologi penyelidikan perubatan menerusi empayar perniagaan dibina, Cell Tissue Technology Sdn. Bhd. sejak 12 tahun lalu.


“Anugerah ini membuatkan saya mengimbau kembali 12 tahun lalu sewaktu saya bermula dengan dua kakitangan. Jadi, untuk berada pada tahap hari ini saya tetap bermula dari bawah. Ketika itu, di pejabat hanya ada satu bilik dan meja saja. Kami berkongsi pejabat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebab anak syarikat universiti berkenaan.


“Saya memang sangat baru dan masih lagi berusia dalam lingkungan 20-an. Saya dilantik oleh UKM untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada syarikat saya sekarang ini.


“Nak dijadikan cerita, ketika itu juga saya terpaksa memakai cermin mata supaya nampak lebih tua disebabkan ada yang menganggap saya sebagai pelajar praktikal atas faktor usia masih muda,” katanya.




  



Menurutnya, perjalanan dilalui bukan mudah apatah lagi dia memulakan kerjaya sebagai doktor perubatan.


Apa yang lebih membanggakan, Idzu sudah memiliki wisma dan makmal bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP) sendiri yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


“Saya daripada bidang perubatan hendak terjun bidang penyelidikan perubatan pun tak mudah dan sesuatu yang baharu bagi saya. Saya positif dan percaya bahawa ia adalah proses yang perlu dilalui untuk terus berkembang supaya dapat memberi manfaat kepada orang ramai.


“Berkat kesabaran, antara kejayaan kami sudah ada wisma, makmal bertaraf GMP yang boleh menghasilkan produk berteknologi tinggi untuk kegunaan pesakit,” katanya.




  



Dalam masa sama, syarikatnya juga baharu dinobatkan Millionaire Circle oleh Richworks bersama syarikat bumiputera yang mencapai jualan puluhan dan ratusan juta.




  



“Saya sudah 12 tahun mengemudi dan berada dalam bidang kejuruteraan tisu ini. Syarikat kami adalah yang pertama membuat bisnes sebegini dan diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR),” katanya yang akan bercadang muncul dengan konsert bertemu peminat tidak lama lagi. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2023 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak g spa/klinik aesthetic idzu ni iols caya lagi, tapi bini jah? Tak credible langsung, dia pun entah tahu ke tak bidang tu cuma sumbang nama dan populariti je lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 08:08 PM | Show all posts
genius yg pandai biznes jgk heshe ni khen...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Helok dah wajah heshe slps alter idung..ilang sudah kejawaan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 08:17 PM | Show all posts
chekacheku replied at 13-2-2023 08:11 PM
Helok dah wajah heshe slps alter idung..ilang sudah kejawaan..

Dulu pun dia elok, cuma kulit masih gelap dan tak reti berfesyen.

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Taknak org salah paham nampak muda jgn byk sgt modified muka dekk..as simple as that. Ni ko ubah situ sini acah2 nak suruh org jgn salah paham ng umo sebenar ko.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2023 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelihara janggut, misai sikit. Baru nampak tua. Pastu jangan dye, biar jer beruban.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape muka dia masa pakai baju gold tu rupa jihan yang dah renovate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mamat ni walaupun emmm tapi sbb dia datang sekali pakej bijak ilmu...so aku x kisah pun dia nmpk sgt feminim
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 07:55 AM | Show all posts
bijak dan pandai bisnes. semoga terus sukses
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 08:22 AM | Show all posts
heols ni ada buat something pada muka heols
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 08:29 AM | Show all posts
aisehhh muka doktor pun dah adjust kaa? by da way clinic esthetic dia kat mana? urmmm bdk zizang semang jugok kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 08:55 AM | Show all posts
bukan bdak intern tp muka cam bapok
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 10:30 AM | Show all posts
bercadang muncul dengan konsert bertemu peminat tidak lama lagi



duk sedap baca psl kejayaan, segala pengiktirafan yg dia dapat
alih2 ayat hujung nk buat konsert
hapooo??????

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 10:33 AM | Show all posts
tapi dulu nampak lelaki tulen
sepohon kayu daun nya rimbun
keluarga bahgiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
sekeping hati di bawa berlari.....................
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 10:34 AM | Show all posts
rayna_raynes replied at 13-2-2023 08:17 PM
Dulu pun dia elok, cuma kulit masih gelap dan tak reti berfesyen.

dulu elok sangat oiii
ni lari dari rupa asal hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 11:10 AM | Show all posts
hidung kembang adalah salah satu petunjuk yg anda sudah berumur..makin tua, makin kembang..no worries about that

me tetap tak nampak dia macam student..lain mata, lain pandangan
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 11:22 AM | Show all posts
Heols nih bapok kah?
Cemana eh doc perubatan jadi pakar aesthetic?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 02:35 PM | Show all posts
Selalunya ponen kalau pandai, pandai betul. Dorang teliti and kemas kalau wat keje. Ini yg aku nampak kat kengkawan aku.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
chikumanis replied at 14-2-2023 11:10 AM
hidung kembang adalah salah satu petunjuk yg anda sudah berumur..makin tua, makin kembang..no worrie ...

samalah..x nampak mcm student pun..yg gmbar dia pakai selempang merah tu nampak 40an jua..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.059057 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list