Seorang peminat anime yang memakai kostum atau cosplay mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual.
Berdasarkan video yang tular di media sosial, seorang gadis mendakwa diganggu lelaki bangsa asing ketika menghadiri satu majlis cosplay di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, pada hujung minggu.
Kejadian dipercayai berlaku ketika lelaki itu mahu bergambar dengan gadis berkenaan.
Menerusi video berdurasi 55 saat itu, kelihatan seorang lagi rakan mereka memeluk mangsa yang dikatakan trauma akibat insiden berkenaan.
Turut kelihatan adalah si pelaku yang kedengaran berulang kali meminta maaf.
"Jika awak hendak mengambil gambar dengannya, jangan sentuh dia. Mereka cosplayer, mereka juga adalah manusia," kata rakan mangsa yang lain kepada lelaki berkenaan.
Video yang dimuat naik di laman TikTok itu bagaimanapun sudah dipadamkan pihak penyedia platform berkenaan.
Susulan kekecohan itu, mangsa yang dipercayai gadis bawah umur tampil menjelaskan tentang situasi yang berlaku menerusi satu kenyataan bertulis.
Kenyataan itu dikongsikan semula rakannya di media sosial.
"Ketika itu saya bersama kawan-kawan, saya sedar ada seorang lelaki merenung saya. Kemudian saya hanya tersenyum sinis. Dia selepas itu bertanya untuk mengambil gambar bersama.
"Saya okay dengan permintaannya. Bagaimanapun, dia mula merangkul pinggang dan merapatkan dada saya pada dadanya.
"Saya tak boleh elak sebab dia pegang pinggang saya agak kuat dan I just go la. Tapi dia masih tengok saya, memang menakutkan cara dia pandang," kata gadis itu menerusi kenyataan yang dikongsikan di TikTok.
Menurut mangsa lagi, lelaki berkenaan kemudian memanggilnya semula untuk bergambar untuk kali kedua.
"Tapi kali ini saya jarakkan dengan dia. Saya terkejut apabila dia mula menyentuh dan picit paha saya.
"Apabila saya nak beredar, tiba-tiba dia minta nombor telefon. Saya katakan tidak kerana takut," ujarnya.
Dia kemudian memberitahu seorang rakannya mengenai perkara yang berlaku sebelum lelaki tersebut dimarahi sebagaimana dalam video yang tular.
Tambahnya lagi, lelaki yang berusia lingkungan antara 20 dan 30an itu mendekatinya dengan memohon maaf apabila dia mula menangis.
Namun alasan yang diberikan kerana tidak fasih berbahasa Inggeris adalah tidak masuk akal.
"Alasan dia tak pandai bahasa Inggeris. Tapi di mana common sense, nak hormat perempuan memang kena reti bahasa Inggeris dulu ke?
"Dan dia panggil saya baby. Kawan-kawan lelaki saya pun tak pernah panggil baby atau baby girl walaupun kami rapat," ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa dan rata-ratanya menyarankan supaya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Sebagai peringatan, perbuatan mencabul dan gangguan seksual bukan sahaja salah daripada segi undang-undang malah haram dalam Islam dan semua pihak harus menjauhinya. -CARI
ada jenis foreigner ni, memang pandang local macam murahan
dah tengok ramai jenis macam ni. hujung2 dah sedap, dia buang macam plastik sampah je. apa susah, ada problem, dia balik negara dia
patutnya heret ke polis terus. sound gitu, kena pelempang sedas pun tak makan saman diorang ni. tapi kalau up jadi kes polis, involve authorities, baru diorang takut
Post time 14-2-2023 09:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku suka manga.
Suka anime.
Spent lots of time baca webtoon.
Lagu² opening & closing anime pn aku ada playlist kt Spotify.
One thing aku xleh relate is cosplay.
Why though?
Sepoil betul.
What is seen can't be unseen.
Post time 14-2-2023 11:03 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Korang jangan la salah kan mangsa. Terang2 kat situ tulis bawah Umur. Mungkin budak sekolah menengah lagi. Kdg2 umur mcm ni, they can't really stand up for themselves yet. Sbb tu mcm peliklah 1st time tgkap gambar mamat gila tu dh buat hal pastu nape nk amik gambar lagi?
pakailah lagi cosplay tu. dalam online cosplay costume semua sexy nak mams. mana lah lelaki ni tak imajin kan. once dah kena peluk begitu, cukuplah sebagai red flag! lagi nak posing kali ke2...mcm org tu minat dan love sangat dengan pakaian cosplay ni..