View: 623|Reply: 8
|
Lebih Percaya Bomoh, Bapa Larang Anak Sakit Kanser Pergi Hospital
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Terlalu taksub dan percayakan rawatan bomoh sehingga sanggup membiarkan pesakit kanser terlantar di rumah tanpa rawatan hospital.
Perbuatan itu menyebabkan ada di kalangan pesakit kanser terpaksa menanggung derita apabila kanser yang dialami merebak ke seluruh badan.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal berikutan pengalamannya ketika bertemu dengan pesakit kanser di negara ini.
Foto: Harian Metro
Zuraini berkata, hampir 95 peratus pesakit kanser mengakui mereka menggunakan khidmat bomoh kampung yang mendakwa mampu merawat pesakit itu tanpa perlu menjalani rawatan kemoterapi.
Katanya, dalam program ziarah CSM hari ini, pihaknya bertemu dengan keluarga pesakit kanser tahap empat yang mendakwa hanya bertemu dengan bomoh untuk memulihkan kanser yang dihidapi.
"Sudah banyak kali nasihatkan semua pesakit supaya mendapatkan rawatan hospital tetapi masih ada yang percaya pada bomoh.
"Saya terpaksa memberi nasihat berulang kali kepada keluarga pesakit kerana saya sendiri bekas pesakit kanser dan perlu melalui pelbagai rawatan yang disarankan doktor.
"Jika terus bertemu bomoh, ia hanya menyebabkan wang banyak habis kerana perlu membawa barangan yang diminta malah ada barangan yang tidak munasabah seperti kain kapan, paku dan sebagainya," katanya ketika ditemui hari ini.
Zuraini berkata, dalam pertemuannya dengan sebuah keluarga di bandar raya ini, hari ini, dia terkejut apabila diberitahu pesakit kanser itu terlantar di atas katil dalam keadaan tidak bermaya kerana bapanya tidak membenarkan anaknya dihantar ke hospital.
Katanya, dalam kes seperti ini, ia seperti 'menyeksa' pesakit kerana dia seharusnya menjalani rawatan lanjut termasuk kemoterapi.
"Akibatnya pesakit hanya terlantar di atas katil dengan keadaannya semakin lemah dan apabila ditanya bapa pesakit gagal memberi alasan yang munasabah.
"Walaupun pesakit terlambat menerima rawatan namun atas nasihat yang diberikan, mereka bersetuju untuk menghantarnya ke hospital dengan segera," katanya.
Zuraini berkata, sempena meraikan sambutan Hari Kanser Sedunia, beliau turut menasihatkan pesakit kanser di negara ini supaya mendapatkan segera rawatan kerana ia boleh merebak dengan cepat. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
orang kedah ni bangsa loklaq .. penganut agama melayu + syiah..
demam pun jumpa bomoh.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada org mmg sejenis anti hospital...
makcik aku dulu marah emak aku bawak aku g spital.. soh gi jumpa ustaz itu la ini la... kejadah.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku x nak komen apa2...tapi kpd pesakit kanser semua..moga dalam lindungan Allah |
|
|
|
|
|
|
|
aku x nak komen apa2...tapi kpd pesakit kanser semua..moga dalam lindungan Allah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Soklan tipikal org tnya aku/tok laki aku, pulih dr kanser mkn apa?
Honestly 100% kemo & other planned treatment dr sepital.
And of course kuasa Allah.
Other than that minum susu khas utk cancer patient between treatment.
That's it.
Depa ni sebolih² nk dgr kesembuhan tu is through miracle dr mknan tambahan /mknan sunnah or alternative treatment (air² penawar dr tok moh contohnya).
Kalo ada yg sembuh through holistic approach tu mmg rezeki dia yg dh tertulis la yer.
For me, bukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 13-2-2023 03:05 PM
zacEfron replied at 13-2-2023 02:05 PM
orang kedah ni bangsa loklaq .. penganut agama melayu + syiah..
demam pun jumpa bomoh..
Depa ni spisis pengundi tegar PN-PAS mcm org klantan gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 13-2-2023 03:03 PM
Depa ni spisis pengundi tegar PN-PAS mcm org klantan gak..
ya betul.. species gedebe sskjp jg |
|
|
|
|
|
|
| |
|