View: 864|Reply: 18
|
Peniaga Nak Pitam Diserang Anxiety- Terpijak Beras Bertaburan Depan Rumah, Takut Terkena Buatan Orang
[Copy link]
|
|
Seorang wanita dikenali sebagai Yana Ismail, 35, tular gara-gara video penemuan beras yang bertaburan di hadapan kediamannya di Sepang, Selangor, pada Jumaat lalu.
Yana yang juga pengusaha produk makanan memuat naik rakaman video itu ke TikTok sehingga ramai netizen memberi cadangan agar dia bertemu pengamal perubatan Islam.
Yana mengakui timbul rasa bimbang apabila menyedari kejadian tersebut, tambahan pula dia merupakan penghidap anxiety.
"Ketika hari kejadian, kurier datang nak ambil parcel depan rumah saya. Ketika kelam-kabut nak ke pagar, saya terpijak beras sebab tak pakai kasut. Saya tengok bawah, penuh beras depan rumah saya. Bukan setempat, tapi berterabur.
"Mula-mula saya fikir mungkin suami tumpahkan beras. Tapi dia tiada di rumah sejak pagi. Saya pun tak ada beli beras. Sebelum kurier datang pun, saya ada nampak orang datang depan rumah dan berlalu pergi.
"Kepala otak terus fikir negatif. Saya ni orang berniaga. Apabila jadi macam tu, sudah tentu kita akan terfikir bukan-bukan.
"Risau sangat sebab saya ada anxiety. Rasa nak pitam, nak jatuh kat situ. Saya fikir orang datang campak. Saya pun buntu tak tahu nak buat apa. Saya tanya diri sendiri tapi tak dapat jawapan. Jadi saya capai telefon dan buat video untuk tanya followers," ujarnya.
Menurut pengasas produk Bilis Menangis itu, dia bagaimanapun mendapat jawapan sebenar selepas suaminya yang dikenali sebagai Abang Ton, 52, pulang ke rumah pada petang hari kejadian.
Tambah Yana, Abang Ton memaklumkan dia sendiri yang menabur beras itu sebagai makanan untuk burung yang tiba-tiba memenuhi kawasan kediaman mereka pada pagi hari kejadian.
" etang tu suami balik. Dia tak sempat masuk rumah, terus saya keluar. Soalan pertama saya, you ada tumpahkan beras dekat pagar ke?
"Apabila dia angguk, terus saya rasa lega. Syukur Alhamdulillah. Rupa-rupanya suami tabur beras untuk bagi makan burung," ujarnya berseloroh.
Yana juga bersyukur kerana ramai netizen tampil berkongsi pelbagai nasihat serta petua di TikTok sebelum dia berjaya merungkai kejadian misteri itu.
"Sebelum suami balik dan sepanjang tak dapat jawapan mengenai kejadian tu, ramai orang di TikTok cuba membantu. Ramai juga yang risau sekiranya ada orang nak cuba tutup perniagaan saya.
"Tak sangka ramai yang ambil berat, mereka tahu kewujudan saya dalam TikTok. Mereka maklumkan kepada saya, apa yang perlu dibuat, kena baca surah itu ini dan sebagainya.
"Saya memang berterima kasih kepada mereka semua atas segala komen yang membantu. Semoga Allah membalas kebaikan mereka semua," ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.
Tambah Yana, dia juga menolak tanggapan negatif sekiranya ada yang menganggap video itu sebagai content untuk media sosial semata-mata.
Kalau ada yang anggap itu content, mungkin mereka tak pernah kena. Saya sendiri pun tak pernah kena. Kita pun tak percaya sebab zaman dah moden.
"Tapi apabila tiba-tiba berlaku depan rumah, kita sebagai manusia biasa mesti terfikir bukan-bukan. Dan satu lagi, saya tak ada masa nak reka content, tak ada hasil pun," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
alaa beras.. nothing ! org lain lagi teruk… jumpa garam kasar, kulit limau, daun bidara, binatang terpotong kepala lagi… dah la org dlm rumah tu ada anak kecik   |
|
|
|
|
|
|
|
demi content nak promo bisnes.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh ke dah nampak pelik berterabur beras tu
amik penyapu terus bersihkan
melayu dan buatan org berpisah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg nombo 1 kau akan terpikio ke arah sihir ek?
Ituuuuu jelah. Cuba lah berpikio positip. Tak salah oi |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg content murahan la....org normal dia tak de nk mengadu kt media sosial..org² yg sakit jiwa je yg mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
dia nih mmg boleh geng dgn ali puteh |
|
|
|
|
|
|
|
Nak promote bilis tak menangis lettew.
|
|
|
|
|
|
|
|
saya amat setuju sama kamu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahai...senduu
Rumah iols tibe2 ada syiling banyak depan rumah ..buat takntau je.
Tepi kete tibe2 ada syiling mcm2 nilai..
Cuma pesan kat anak2 iols jangan amek...
2 3 hari lepas tu takdr dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
gitu eh? keterukannya berkadar terus dengan apa yang ditabur. Kalau orang tabur rambutan pun nothing juga lah kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaaa
Iols nk tergelak bc
Dia kata dia ada anxiety
Pastu solution dia amik fon
I ingat dia nk call ustaz ke call mak ke call tok laki ke
Rupa2 nya amik fon tanya kt folowers tt
Kahkahkahh
 |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bgithu yg laki syg lh tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Demi content pstu nak promo brg.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila iol bca ni, main point dia cuma stu, dia dh brjya mnarik prhtian org rmai. So lps ni, snglh dia nak br-niaga.
|
|
|
|
|
|
|
|
cpt sgt pcaya bebenda mistik nth apa2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|