CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 1

Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Beg Kuning Di Masjid Kuala Pilah

[Copy link]
Post time 13-2-2023 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Pilah: Mayat bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan ditemukan di perkarangan sebuah masjid di Jemapoh, Juasseh.


Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mayat bayi yang ditemui kira-kira 4.30 petang itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam.


Gambar Hiasan




"olis menerima maklumat daripada seorang lelaki berhubung penemuan mayat bayi yang dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg berwarna kuning dalam keadaan tidak sedarkan diri.


"olis segera ke lokasi bagi melakukan siasatan dan pasukan perubatan mengesahkan bayi berkenaan sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.


Katanya, siasatan terperinci sedang dijalankan berhubung kes itu.


Justeru Amran berkata, polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan.


"Sekiranya terdapat sebarang maklumat, orang ramai boleh menghubungi hotline IPD di talian 06-4842999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 08:37 AM | Show all posts
sian ek smoga sorga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.527617 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list