Tular video di negara jiran apabila beberapa anggota polis Indonesia menyanyikan lagu selamat hari lahir ketika membangunkan seorang pencuri barangan besi yang sedang tidur.
IG
Suara.com melaporkan, video dirakam menerusi telefon pintar salah seorang individu itu dimuat naik dalam Instagram oleh @fakta.indo.
Dalam video itu, suspek kelihatan terpinga-pinga, namun masih tersenyum ketika diangkat anggota berpakaian seperti orang awam yang memberi 'kejutan' berkenaan. - CARI