View: 308|Reply: 0
|
Remaja Lembam Lemas Ketika Mandi Sungai Dengan Kawan-kawan
[Copy link]
|
|
Seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) lembam lemas, ketika mandi di Sungai Kombat, Felda Perasu di sini semalam bersama sekumpulan remaja lelaki lain.
Lapor Bernama, sebelum kejadian, Muhammad Fakhrul Imam Zulkepli, 16, bersama rakan-rakannya ke lokasi kejadian pada 4.30 petang.
 Gambar hiasan
"Kejadian berlaku apabila mangsa bersama rakannya Amir telah dihanyutkan ke tempat yang lebih dalam.
"Dua rakan lain berjaya menarik Amir naik ke tebing namun percubaan menyelamatkan mangsa menggunakan sebatang kayu tidak berjaya kerana kayu tersebut patah sebelum Muhammad Fakhrul tenggelam," kata Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo dalam kenyataan, hari ini.
Mangsa kemudian ditemukan timbul dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Mangsa diberi bantuan awal pernafasan (CPR) oleh rakan-rakannya tetapi gagal sebelum dikejarkan ke Klinik Peras. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal akibat lemas," katanya.
Berdasarkan siasatan di tempat kejadian dan keterangan saksi, tidak terdapat unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|