CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1039|Reply: 9

Dijangkiti Influenza A, Feeya Iskandar Serah Diri Masuk Hospital

[Copy link]
Post time 10-2-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Feeya Iskandar disahkan dijangkiti Influenza A pada Khamis lalu, 'menyerah' diri ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.


Pada awalnya dia ke hospital bagi membuat pemeriksaan doktor namun disahkan dijangkiti virus berkenaan.


Kata Cik Piah, dia mendapat virus tersebut daripada dua anaknya iaitu Adam Malique, 6 dan Nur Aryyan, 5, yang sebelum ini turut diserang virus sama pada awal bulan ini.


Foto: IG




"Saya berjangkit dengan anak saya, mereka yang kena dulu. Virus ini memang berjangkit tapi mereka sudah okey, saya pula kena.


"Suami saya sahaja yang belum kena dan sebab itu saya pilih dimasukkan ke wad supaya tidak menjangkitinya pula. Dekat hospital ini ada ubat dan doktor pantau. Dapat juga saya berehat," katanya kepada mStar.


  



Pun begitu, Cik Piah berkata, dia masih belum pasti akan ditahan berapa lama di wad namun menjangkakan selepas demamnya kebah.


Berkongsi keadaan terkini, Cik Piah memaklumkan dia hilang selera makan selain mengalami rasa tidak selesa pada bahagian tekak.




  



"Saya batuk... selera makan pun tak ada sangat sebab tekak rasa pahit sahaja," katanya.


Terdahulu, Cik Piah menerusi Instagram memaklumkan dia tidak dapat turut serta Jelajah Suria yang bakal berlangsung pada Sabtu ini Paradigm Mall, Johor Bahru.


  



  



Penyampai radio segmen Gaya Suria ini turut meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat menyanyikan lagu Pelesit Kota untuk peminat pada acara berkenaan.


"Jelajah Suria Sabtu ini patut turun tapi apakan daya, tak ada Pelesit Kota," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Xsure mana yg lebih sakit.
Tuhari masa ank aii kena influenzaB kena on antiviral & ubat2 demam mcm biasa ja..WAJIB kaurantin kendiri 5hari ja (sampai habis makan ubat antiviral)
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 12:20 PM | Show all posts
Musim skrg ni
Ofismate iols pun anaknya kena Influenza B, dpt jangkitan dari sekolah
Sekolah asrama, mmg lagi senang lah berjangkit
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rajin aje dengar suria. 1 yg aku perasan cikpiah kerap sgt sengau suara dia, mcm selsema.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhh. Anak meols kena Influenza A haritu pun azab yach. 4-5 hari demam panas. Kena admitted masuk drip, makan ubat dah mcm2 ubat. Jahat oooo Flu ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kuzaime replied at 10-2-2023 01:07 PM
Aku rajin aje dengar suria. 1 yg aku perasan cikpiah kerap sgt sengau suara dia, mcm selsema.

Samalah...iolss pun mcm perasan dorg ank beranak ni mcm kerap tak sihat.
Environment kot.
Tak pe lah..moga dorg baik² aje lepas ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2023 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
amik vaksin influenza ok tak eh?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Fazzbulous replied at 10-2-2023 02:43 PM
amik vaksin influenza ok tak eh?

Insyaaallah ok.. kalo kena pun tak teruk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 02:56 PM | Show all posts
oooo ni cik piya radio suria tu ek
kdg kelakar jgk menggedik die ni
selalu duk nyanyi kt radio
suara blh tahan
cuma promo suria baru ni sgt2 annoying
mcm menjerit gitu

btw moga cpt sembuh la ye

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 03:26 PM | Show all posts
aritu saya kena influenza A hazab ya amat..sakit macam dipatah2kan setiap sendi ..btw moga cik pia cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.104513 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list