CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 519|Reply: 10

Penduduk Kuala Berang Dah Tak Tahan Dengan Ancaman Anjing Liar

[Copy link]
Post time 8-2-2023 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Kehadiran anjing liar yang mengganggu ketenteraman penduduk sekitar kawasan Sungai Bajar, Kuala Berang terutama pada awal pagi dan malam membuat mereka tidak tahan lagi dengan ancaman daripada haiwan berkenaan.


Masakan tidak, terdapat kira-kira 10 ekor anjing yang berkeliaran di kawasan itu sejak sebulan lalu.


"Sebelum ini hanya terdapat seekor dua sahaja anjing liar tapi dalam tempoh sebulan ni makin banyak pula anjing-anjing lain yang datang dan membiak di sini. Tak tahu datang dari mana.




Sekumpulan anjing liar duduk di kaki lima kedai perkakasan rumah di Sungai Bajar, Kuala Berang di Hulu Terengganu. (Gambar kanan :Rakaman gambar menunjukkan seekor anjing liar cuba mendekati seorang penduduk yang berjalan berhampiran kedai perkakasan rumah di Sungai Bajar, Kuala Berang di Hulu Terengganu)





"Walaupun belum ada lagi kes-kes cedera akibat diserang anjing, namun jumlah yang agak banyak mengganggu aktiviti dan ketenteraman penduduk di sini," kata pekerja kedai perkakasan rumah, Izan Nashima Zakaria, 31, ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Rabu.


Menurut Izan Nashima, dia juga kerap terserempak dengan insiden anjing-anjing tersebut mengejar penduduk di kawasan itu yang lari kerana ketakutan.


"Saya sendiri pun sudah tidak berani berjalan seorang diri untuk ke tempat kerja. Terpaksa tumpang orang kerana bimbang dikejar anjing liar.


"Anjing-anjing ini biasanya akan berkeliaran pada waktu senja, malam dan sebelah pagi. Kebanyakan mereka yang keluar pada waktu itu akan terserempak dengan anjing-anjing tersebut.


"Haiwan itu juga dilihat sering berkumpul dan 'berehat' di kaki lima kedai tempat saya bekerja," katanya.


Izan Nashima memberitahu, selain mengganggu ketenteraman, kehadiran anjing-anjing liar tersebut turut mencemarkan kebersihan di kawasan itu.


"Najis yang ditinggalkan di merata-rata tempat menjejaskan kawasan ini malah ia juga dikhuatiri menceroboh masuk ke dalam kedai makan yang beroperasi di sini.


"endek kata, kami yang selalu berada di kawasan ini sama ada mereka yang bekerja atau penduduk di sini amat tertekan dengan kehadiran anjing-anjing liar itu," luahnya.


Katanya, dia difahamkan perkara itu telah diadukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah itu namun sehingga kini tiada tindakan diambil.


"Saya diberitahu sudah banyak aduan dibuat namun ia seolah-olah dipandang sepi. Kami agak kesal kerana tiada pihak yang datang memantau kehadiran anjing-anjing liar di kawasan ini," ujarnya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 03:24 PM | Show all posts
rasanya satu malaysia ni dah berleluasa anjing liar merata2..nk kluar mana2 pun x senang rasa
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau makin bnyk, ada la tu feeder dekat2 dgn kawasan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau tangkap semua kat mana je shelter yg boleh tampung seumur idup anjing2 ni. Bape ekor je org amik adopt..ngo2 haiwan ni ape la solusi yg diorg buat selain bising bila pbt tangkap anjing2 ni n lupuskan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 03:42 PM | Show all posts
racun je..setel
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 03:46 PM | Show all posts
solusi? import je pekerja2 vietnam dari Klang Valley tu, bagi kerja, duduk kat kuala berang tu..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2023 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tahan berisi, cantik dan sihat badan geng anjing sebelah kiri tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bomba, PDRM dan badan2 lain tangkap kemudian train jadi sniffer dogs, K9 ada manfaat. Boleh bantu mcm kes tanah runtuh batang kali tempoh hari. Jangan lah ditangkap, tapi dibunuh pula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 04:32 PM | Show all posts
damsel_fiji replied at 8-2-2023 03:24 PM
rasanya satu malaysia ni dah berleluasa anjing liar merata2..nk kluar mana2 pun x senang rasa

Kan... Kasihan buat yang sentiasa ada urusan kerja di luar..

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bg ular makan kang jadi tak berhati perut pulak
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Gong, gong, gong, gong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.673865 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list