CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1740|Reply: 18

Siti Saleha Tak Nak Gelojoh Kahwin Lagi, Takut Ulang Kesilapan Lama

[Copy link]
Post time 7-2-2023 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Tidak mahu mengulangi kesilapan lalu, pelakon Siti Saleha memberitahu enggan terburu-buru dalam soal merancang kembali berumah tangga.


Kata Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharum, 33, dia masih lagi dalam proses berkenalan dengan kekasih hati yang dikenali sebagai Joshua.




Foto: IG




"Kami masih lagi dalam proses perkenalan. Takut nak cakap soal kahwin atau tidak. Bagilah masa dahulu.


"Kami pun tidak pernah bincang soal masa depan (berkahwin). Saya tidak mahu terlalu cepat dan ulang kesilapan lama. Kita belajar dari kesilapan," katanya kepada mStar.




  



Mula rapat dengan lelaki itu sejak pertemgahan tahun lalu, kata Saleha Joshua seorang yang sentiasa menyokong kerjayanya dan tidak bermasalah untuk sama terkena tempias populariti.


Tambah Saleha kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini bukan alasan untuk menutup pintu hati menerima kehadiran teman baharu.




  



"Hidup kenalah move on. Sampai bila nak begitu lepas gagal dalam hubungan sebelum ini. Saya juga perlukan seorang teman.


"Dia seorang yang menyokong malah menonton drama lakonan saya sebelum ini. Dia juga pernah bersama dalam acara bertemu peminat tahun lalu.


"Saya pun tiada masalah untuk bawa dia ke majlis supaya tahu kehidupan sebagai seorang selebriti. Secara perlahan-lahan dia mula faham. Bagaimanapun saya tidaklah terlalu bercakap tentang hubungan kami," ujarnya.




  



Saleha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 2017 dan bercerai pada Januari tahun ini.


Sementara itu pada acara yang berlangsung itu, Saleha menerima anugerah Ratu Telenovela selain Pelakon Wanita Telenovela Popular 2020.


Kejayaan tersebut diperoleh hasil dari lakonannya dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang pernah menjadi fenomena sebelum ini.




  



"Alhamdulillah... syukur dengan anugerah ini. Tak sangka drama itu terus diminati ramai sejak musim pertama lagi. Ia masih mendapat sambutan hangat apabila masuk musim kedua.


"Saya anggap ini satu kemenangan besar untuk drama dan kerjaya tahun 2020 ketika ia ditayangkan," jelasnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 11:42 AM | Show all posts
Semoga bahagia Sally...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 11:48 AM | Show all posts
ye la kan...buat apa nak kawin cepat , kalau dh boleh bercuti bersama2

ada gosip dia bercuti ngan bf kat oversea
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 12:02 PM | Show all posts
you go girl .. !
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 12:49 PM | Show all posts
Tangkapan kali ini lebih lumayan dan sekufu. Tapi ok lak mamat ni eh sauk ex bini mat apam balik. Dia pun member gak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 12:51 PM | Show all posts
sekurang-kurangnya sheols matang dari Shilalat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kembangbunga replied at 7-2-2023 12:51 PM
sekurang-kurangnya sheols matang dari Shilalat

Sebaya shilalat ke Leha ni.
Wow
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 01:14 PM | Show all posts
takyah nak kalut2...rilek2 sajah enjoys life...
buang karan nak kawen cecepat kawen kang las2 cerai...
sakit nok cerai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lol tu la tu..nk bercinta tp xnk komitmen ..ah gitewww
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 02:22 PM | Show all posts
dapat jerung kah kali ni???
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 03:37 PM | Show all posts
lagi matured & classy daripada Xila Amxia XingXang BeiXing... nampak la wangi yer daripada budak youtubers pakai braces kepam yang bertenggek siang malam kat umah Pak Lalat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke laki tu yg xnk commitment? Tnya jee
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tek dah melayut for that young age...atau memang baka sebegitu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ayukpingu replied at 7-2-2023 11:48 AM
ye la kan...buat apa nak kawin cepat , kalau dh boleh bercuti bersama2

ada gosip dia bercuti n ...

Dulu dgn lutfi bercuti dekat mexico.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerpressor replied at 7-2-2023 05:49 PM
Tek dah melayut for that young age...atau memang baka sebegitu?

Tek berisi kan. Jenis segombol macamtu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
jambatannetizen replied at 7-2-2023 06:31 PM
Tek berisi kan. Jenis segombol macamtu.

Berisi is ok....part drooping iteww macam eeer....tak terpelihara gitewww...atau mungkin jenis teks yg melayut...entahler...

Tetiber kheunz?

Kahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 07:29 PM | Show all posts
GegarVaganja replied at 7-2-2023 01:11 PM
Sebaya shilalat ke Leha ni.
Wow

Kalau tengok news harini, yes sebaya 33 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 08:25 AM | Show all posts
nampak helok la.okayla sukati ko la
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
ayukpingu replied at 7-2-2023 11:48 AM
ye la kan...buat apa nak kawin cepat , kalau dh boleh bercuti bersama2

ada gosip dia bercuti n ...

Sabo aje lerr..kalau dh gi bercuti sama tu baik kawin je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.074061 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list