CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 463|Reply: 1

[Wilayah Persekutuan] Haramkan lato-lato!

[Copy link]
Post time 6-2-2023 11:05 AM | Show all posts |Read mode

PERMAINAN lato-lato yang semakin popular ketika ini mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya bimbang mainan dua bola dan bertali itu akan mencederakan kanak-kanak. FOTO Noor Hidayah Tanzizi

Kuala Lumpur: Permainan lato-lato yang semakin popular ketika ini mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya bimbang mainan dua bola dan bertali itu akan mencederakan kanak-kanak.

Ada beberapa pihak yang bersetuju jika permainan itu diharamkan di negara ini seperti tindakan yang dilakukan Amerika Syarikat, England dan Mesir.

Tinjauan Harian Metro sekitar ibu kota dan Taman Medan dekat Petaling Jaya mendapati beberapa peniaga jalanan menjual mainan itu yang pernah popular sekitar era 1970-an di luar negara.

Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Mohd Afiq Salim berkata, beliau juga bersetuju sekiranya mainan itu turut 'diharamkan' penjualannya di pasaran kerana ia bahaya dan memberi kesan tidak baik kepada kanak-kanak.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatiannya kanak-kanak berusia bawah 12 tahun yang lebih tertarik bermain permainan itu sedangkan mainan itu tidak sesuai terutama untuk kanak-kanak.

"Permainan itu tiada signifikan dan manfaat pada kanak-kanak sebaliknya ia berbahaya tambahan ia ada tali panjang. Banyak fokus lain untuk mereka lakukan seperti belajar membaca.

"Permainan itu sudah dibawa sampai ke sekolah dan kita bimbang boleh mencederakan mereka jadi lebih baik kita mencegah dari awal sebelum ada kes berlaku biarpun setakat ini belum ada laporan sesiapa yang tercedera kerana mainan baru itu," katanya.

Bagi peniaga, Sam Ariffin, 52, berkata, baginya lato-lato tidak bahaya jika bermain dengan cara yang betul, berhati-hati dan tidak gopoh, sekali gus peranan ibu bapa serta peniaga juga penting supaya permainan itu dimainkan dengan selamat.

"Cara permainan untuk kanak-kanak perlu lebih ditekankan dengan memendekkan tali dan kunci atau simpulkan bahagian atas supaya dapat elak tali itu terlilit di leher atau bola terpelanting hingga boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain.

"Sebagai peniaga saya akan beritahu cara bermain dengan betul dan tip seperti itu supaya mainan itu lebih selamat, selain itu ibu bapa juga perlu pantau cara anak bermain," katanya.



TANGKAP layar rakaman video yang menunjukkan seorang kanak-kanak di luar negara cedera selepas bermain lato-lato.

Katanya, dia baru menjual mainan yang popular di negara jiran ketika ini sejak beberapa minggu lalu dan mengakui mulanya mendapat sambutan, tetapi sekarang agak hambar mungkin kerana ibu bapa bimbang keselamatan anak mereka.

"Saya jual lato-lato biasa pada harga RM10 dan RM15 untuk yang berlampu, sehari boleh jual dalam 50 set permainan itu.

"Sekiranya kerajaan mengambil pendekatan sama untuk mengharamkan permainan ini saya akui sebagai peniaga saya terpaksa akur, tetapi setakat ini belum dengar lagi perkara ke arah itu," katanya.

Sementara itu, ibu tiga anak, Nurazrien Ayra Ramli, 34, berkata, permainan itu tidak mendatangkan faedah, malah cenderung mencederakan lebih-lebih lagi jika bermain beramai-ramai dalam jarak dekat.

"Walaupun tak pernah main dan tidak ada kes cedera kerana mainan itu tetapi saya tengok cara permainannya sudah boleh tahu ia bahaya, malah bunyinya turut menjengkelkan.

"Sekitar Taman Medan memang banyak mainan itu dijual di sekitar jalanan dan pasar malam, tetapi apa pun itu pilihan masing-masing. Jika yakin boleh beli tetapi saya tidak mahu ambil risiko," katanya turut bersetuju jika mainan itu tidak dibenarkan dijual.

Kakitangan awam, Fatin Izzati Amir, 32, berkata, mainan itu mungkin selamat untuk remaja tetapi bukan kepada kanak-kanak kerana ia berisiko dan penjualannya juga dilihat perlu dipantau.

"Saya juga tak bagi anak berusia lima tahun main lato-lato biarpun dia meminta. Sepatutnya mainan itu tidak boleh dijual kepada kanak-kanak," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/2023/02/932422/haramkan-lato-lato
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2023 01:09 PM | Show all posts
Berhati-hati semasa hendak bermain lato-lato ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.041127 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list