CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1462|Reply: 4

Fasha Sandha Sedih Asyik Dituduh Mengandung, Padahal Buncit Je

[Copy link]
Post time 3-2-2023 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara perubahan bentuk badan yang dilihat sedikit berisi, pelakon Fasha Sandha menerima banyak pertanyaan daripada peminat yang menyangka dirinya kini sedang hamil.


Menafikan mengenai perkara itu, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, turut meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir netizen menjadikan perkara itu sebagai bahan ejekan dan body shaming.


Foto: IG




"Saya tidak mengandung pun. Saya hanya bulat saja masa itu. Waktu itu baharu lepas makan jadi nampak macam ada perut. Semasa itu saya sedih gila bila orang body shaming saya.


"erut terbesar sikit orang cakap dah mengandung. Saya terus cabar diri untuk jaga makan. Saya tak mengandung tapi orang kata saya mengandung," katanya kepada mStar.




  



Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi pengalamannya sewaktu menunaikan umrah bersama suami, Aidil Aziz selama sembilan hari bermula 20 Januari lalu.


Kata Fasha, antara doa yang dipohon adalah untuk mendapatkan anak lelaki kerana suaminya sudah lama mengimpikan untuk menimang zuriat lelaki.




  



"Salah satu doa saya sudah tentu untuk mendapatkan zuriat lelaki kerana itu adalah permintaan Aidil. Kalau diikutkan dia sudah minta mahu anak lelaki daripada tahun lepas.


"Tapi, waktu itu saya sedang sibuk bekerja dan insyaAllah selepas saya habis melakonkan drama Rampas Cintaku 2, kami akan berusaha dan terus berdoa untuk mendapatkan anak lelaki," ujarnya.


Mengulas lanjut tentang pengalaman pertama menunaikan ibadah umrah, Fasha mengakui dia sudah lama menyimpan hasrat untuk ke sana tetapi mempunyai halangan kerana perlu membawa mahram.




  



Jelas Fasha, dia juga terpaksa menangguhkan niatnya itu selepas berkahwin dengan Aidil dunia berdepan pandemik Covid-19.


"Saya sebenarnya sudah lama berhasrat untuk melakukan umrah tetapi pada waktu itu masih memerlukan mahram. Saya pernah membeli tiket ke sana namun terpaksa menangguhkannya kerana tiada mahram.


"Bagaimanapun, sekarang sudah tidak perlu mahram, tapi selepas berkahwin Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula. Jadi, baharu sekarang saya dan Aidil berkesempatan untuk menunaikan umrah bersama," ujarnya.




  



Sebelum ini, Fasha memberitahu peluang berada di Tanah Suci digunakan sebaiknya untuk melakukan ibadah dan bukannya sibuk dengan media sosial.


Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 29 Mac 2019 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang berusia dua tahun.


Fasha juga mempunyai dua lagi cahaya mata, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima hasil perkahwinan dengan bekas suami, Rizal Ashram. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 08:22 PM | Show all posts
orang kata dia mengandung pun kira body shaming kah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila kuruskn badan klu terasa di bodyshamingkn buncit tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Same sis, same. Haih
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Di tuduh hahaha
Klo blom kawen yela dituduh
Dah kawen panggil tuduh lg ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.478904 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list