CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1069|Reply: 10

Mahkamah Tak Bagi Pasport Antarabangsa Zahid Dikembalikan Secara Kekal

[Copy link]
Post time 3-2-2023 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya secara kekal bagi menjalankan tugas rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Ketika memutuskan demikian, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa semua individu adalah sama rata di sisi undang-undang.




FB




Menurutnya, mahkamah tidak memberi kelebihan atau keistimewaan mengikut status golongan masyarakat sebaliknya meletakkan undang-undang di tahap teratas.


“Bagaimanapun, mahkamah mengambil maklum bahawa beliau selaku Timbalan Perdana Menteri dan menteri, mempunyai tugas rasmi untuk dilaksanakan.


“Tugas-tugas ini tidak boleh bertindih dengan kewajipannya untuk hadir ke mahkamah bagi prosiding kes yang dijalankan di mahkamah,” katanya.


Oleh itu beliau berkata, mahkamah membenarkan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ini membuat permohonan pelepasan (sementara) untuk membuat permohonan pasport diplomatik.


Sequerah berkata, selepas urusan berkenaan selesai, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dikehendaki memulangkan semula pasport kepada mahkamah.


Pada 26 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan, Ahmad Zahid Hamidi memohon untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya secara kekal bagi menjalankan tugas rasminya.


Pasport itu sebelum ini diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan selepas beliau didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi, yang kini di peringkat pembelaan.


Menerusi afidavit sokongan permohonan itu, Ahmad Zahid, 70, berkata, beliau mempunyai beberapa kekangan untuk menjalankan tugas seperti menteri lain kerana tidak mempunyai akses kepada pasport tersebut.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 11:38 AM | Show all posts
kau duduk je la kat malaysia.
TPM kan ada 2 orang...kasi chance kat fadillah la pulekk
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko untung wak sebab org2 mesia ni lembut hati. Cuba ko balik negara ko sana tengok tunggang terbalik diorang demo atas jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana dia macai dok pitnah kata zahid boleh kautim dgn pm???
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 04:11 PM | Show all posts
well done hakim.. jgn bg can kt monyet ni... bingai manalah lantik org ada kes jadi TPM..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 04:16 PM | Show all posts
Dok dendiam jelah kt M'sia ni wak..
dah abis ronda ke kt area Hutan Melintang - Bagan Datuk tgk jln kemain lubang2..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2023 04:19 PM | Show all posts
Secara tersiratnya pasport dikembalikan untuk sementara... selama mana sementara tu.. tu perpulang pada TPM..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 04:32 PM | Show all posts
ayukpingu replied at 3-2-2023 11:38 AM
kau duduk je la kat malaysia.
TPM kan ada 2 orang...kasi chance kat fadillah la pulekk

Dia nak travel atas kapasiti menteri.

Travel sebagai PM bangnon buat sendiri.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_acura replied at 3-2-2023 04:19 PM
Secara tersiratnya pasport dikembalikan untuk sementara... selama mana sementara tu.. tu perpulang p ...

Khenssss walanon x pe lah rela diperbodohkan sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_acura replied at 3-2-2023 04:19 PM
Secara tersiratnya pasport dikembalikan untuk sementara... selama mana sementara tu.. tu perpulang p ...

Ntj pandai la wak arrange buat trip obersee tiap2 bln, plg tidak pun gi spore, thailnd nk tgok cmne org kg buat kenduri kawin ke,  so passport sentiasa eot
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 10:54 AM | Show all posts
kalau kat negara asal usul dia...kompom rumah dia penuh ngan taik....
kena lempo oleh rakyat jelata....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.093203 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list