View: 1212|Reply: 9
|
Menu Rahmah Tak Selesai Isu Kenaikan Harga Barang
[Copy link]
|
|
Pelancaran Menu Rahmah bagi hidangan makan tengah hari atau malam untuk golongan B40 Selasa lalu disifatkan sebagai satu usaha baik namun sudah dipraktikkan peniaga di gerai atau kedai makan.
Rata-rata peniaga makanan yang ditemui menyifatkan cadangan agar mereka menawarkan harga makanan murah disifatkan bukan langkah proaktif dalam menyelesaikan isu kenaikan harga barangan ketika ini.
 Razilah hanya menjual makanan sahaja dan perlu membeli bahan mentah sebelum ia dapat dimasak.
Sebaliknya, penjual dan pelanggan mendakwa, pihak berkuasa perlu mengawal harga di peringkat pemborong dan orang tengah kerana ia menjadi faktor utama yang terus menghimpit mereka dan para pelanggan.
Pemilik Kedai Makan Ziela Kaman, Razilah Kaman@Mohd Nor, 51, berkata, tindakan mengawal harga barang tersebut mampu untuk mengekang kenaikan harga barangan yang terus berlarutan sehingga kini.
" eniaga makanan tentu berharap agar harga barang mentah dapat dikawal sebelum sampai kepada peniaga sebab kami hanya menjual makanan sahaja dan perlu membeli bahan mentah sebelum ia dapat dimasak.
"Sesetengah peniaga agak susah turunkan harga namun saya perlu mengekalkan menu makan tengah hari iaitu nasi putih, ayam gulai, ulam dan sambal belacan serta pilihan air jagung atau air limau pada harga RM5.
"Selain itu, makanan sarapan pagi seperti nasi lemak dengan aneka lauk masih dijual murah, harga minuman juga masih rendah dan harga ini sudah bermula sebelum pelancaran Menu Rahmah lagi," katanya.
Razilah yang sudah menjalankan perniagaan makanan dan minuman lebih 15 tahun itu ditemui Sinar Harian di Kedai Makan Ziela Kaman miliknya, di Kampung Kebun Bunga di Batu Tiga, Shah Alam di sini pada Khamis.
Disebabkan peningkatan harga bahan mentah, Razilah menambah, modal harian untuk menguruskan jualannya turut terpaksa dinaikkan namun memilih untuk menanggung kos bagi mengelakkan kenaikan harga jualannya.
 Borhanuddin menunjukkan tanda bagus dengan hidangan RM5 disediakan di Kedai Makan Ziela Kaman
Situasi sama turut menghimpit pelanggannya, Borhanuddin Yusof, 59, yang mengakui peningkatan harga bahan mentah menyukarkan peniaga menurunkan harga, sekali gus menyebabkan pelanggan menerima tempias.
"Dalam keadaan sekarang ini semua barang mahal, harga ikan pun mahal walaupun sekali sekala boleh tukar selera tetapi kalau harga makanan naik ramai yang akan pening kepala," katanya.
Pada Selasa, lebih 15,000 restoran menawarkan Menu Rahmah berharga RM5 bagi hidangan makanan tengah hari atau makan malam untuk golongan B40.
Ia selaras dengan pelancaran inisiatif Menu Rahmah oleh kerajaan bertujuan memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.
Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan berkata, menerusi inisiatif itu, diharap tiada lagi golongan sasar yang tidak mampu membeli makanan di restoran.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu stabak buat menu ni   |
|
|
|
|
|
|
|
Sliced timun considered as vege?
Sebab setahu aku meal rahmah teemasuk satu vege and one chicken/meat/ fish dish |
|
|
|
|
|
|
|
aku kalau dah kopak idok nya berangan masuk restoran
makan aje la nasi telor kicap bawang cili padi... lagi murah banding menu rahman |
|
|
|
|
|
|
|
menu rahmah cuma mengaburi mata je...hakikatnya mmg bkn penyelesaian atas kenaikan segala harga barang yg lebih dirasai isirumah...
nak beli facial issue 4 kotak pun dah berbelas2 ringgit kalo dulu dlm rm12 dh dpt yg kualiti baik skit tp skang smp rm17-rm18  |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum artikel ni keluar berita, kaka dah koen dah untung ke rm 5? Seolah olah niaga macam badan kebajikan?
Patutnya kawal minyak paket masak dari seludup masuk thailand, subsidi ron95 untuk rakyat ada my kad sahaja.
Harga barang makin menaik tinggi. Good luck . Apa president jokowi cakap tahun lepas dh terasa bahang dia
President jokowi sendiri ngaku rakyat mereka 70% akan miskin dalam dapatkan sumber makanan. Makanan ada tapi mahal.
|
|
|
|
|
|
|
|
ekod79 replied at 2-2-2023 04:45 PM
tunggu stabak buat menu ni
FADZLEY tersenyum sinis..... |
|
|
|
|
|
|
|
Makan pagi pun dah 5-7
Tgahari nasi+teh ais+ikan seketoi+2 ketoi masak labu RM12.00....Brapa.lama peniaga boleh jual dgn harga Rm5 dgn kos bahan yg sentiasa meningkat
|
|
|
|
|
|
|
|
pilot replied at 2-2-2023 05:24 PM
menu rahmah cuma mengaburi mata je...hakikatnya mmg bkn penyelesaian atas kenaikan segala harga bara ...
btl sgt. mendadak sgt rega tisu. dlu aman2 je rega doblas hinggit. skrg ni bole pulak nk ke rm20. gile. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekurang kurang beban rakyat terkurang sikit...TQ mydin gitu |
|
|
|
|
|
|
| |
|