CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2410|Reply: 31

Wanita Angkuh Tak Akui Salah Rakam Filem Dalam Panggung, "Ini Hak Saya, Saya Dah Bayar"

[Copy link]
Post time 1-2-2023 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Wanita kantoi merakam filem dalam sebuah panggung wayang mengundang kecaman warganet di laman media.


Dalam rakaman tular berdurasi 54 saat, video itu memaparkan sikap angkuh wanita berkenaan yang enggan mengaku salah selepas perbuatannya tertangkap oleh kakitangan wayang.




IG Majoriti




Ketika ditanya soal kesalahan yang dilakukan, wanita berkenaan enggan mengaku salah sebaliknya terus berdegil untuk tidak memadam rakaman yang diambil seperti diarahkan.


"Kenapa pula tak boleh rakam, ini hak saya, saya dah bayar," antara kenyataan wanita itu terhadap pekerja pawagam tersebut sebaik diminta untuk berhenti merakam.


Lokasi dan masa sebenar kejadian begitupun masih belum dikenal pasti.


Dalam pada itu, tinjauan Majoriti di laman TikTok mendapati bahawa individu wanita tersebut sebenarnya sudah lama menjalankan kegiatan haram itu.


Beberapa video yang dimuat naik di laman TikTok peribadinya menyaksikan koleksi rakaman dalam panggung wayang yang pernah diambil sebelum ini dan lebih memilukan nasihat warganet di ruangan komen langsung tidak diendahkan oleh si pelaku.


"Kita bayar untuk tiket je bukan untuk hak cipta, jadi lebih baik berhenti rakam dalam wayang kalau tak susah nanti," kata Purba Warrior.


"Memang akan kena saman la nanti, berapa banyak video filem yang dia dah rakam, langsung takda rasa takut ke apa," ujar Azri Rafiudin.


"Tolong lah pihak panggung wayang ambil tindakan segera, kalau tak lebih banyak la filem yang dia rakam kesian penggiat seni semua takda untung pun buat filem," tambah Nazifah Ajwa.


Penonton yang mencuba untuk merakam tayangan filem tanpa kebenaran boleh didakwa dengan kesalahan di bawah Seksyen 43A, Anti Rakaman Kamera Akta Hakcipta 1987.







Si pelaku boleh dikenakan denda tidak kurang dan tidak lebih dari RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.


Manakala bagi mereka yang melakukan curi rakam secara keseluruhan tayangan tanpa kebenaran di pawagam pula boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.


Setakat ini belum ada sebarang laporan daripada pihak polis dan pihak pawagam juga belum mengambil tindakan susulan kejadian itu.




Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulah. Akta ada, tapi utk momok2 kan aje.
Bila ada yg buat, semua mcm, eh, kena charge eh? Jgn buat lagi tau.
Mana lah org nak takut?? Buat je jenayah. Sini semua lepas. Acah2 je lebey
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia rakam the whole movie ke? Berani betul ek
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Berlagak betul...nanti kena jatuh hukum kat mahkamah, mulalah drama sedih etc etc..mentaliti kelas apa tak tau lar...kat mesia nih ko eksyen lar nak berexcuse me jgn kacau saya etc etc, kalau kat negara maju mesti ko dah terkencing2 Kan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 zaman la memang bodo bodo belaka..sudah lah bodo sombong pulak tak mau ngaku diri tu bodo. Tu lah masalah budak zaman la. Dok kata hak hak hak. Pelaq punya generasi
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tendang je budak ni
Muka da la macam tapir
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2023 08:01 AM | Show all posts
saman jek klu xramai lg yg buat
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 08:04 AM | Show all posts
bodoh sombong namanya
tara baca ka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ni banyak aktanya. Tapi tindakan takde. Tu scammers aman2 je hidup. Perompak macam perempuan ni pun aman2 je hidup. Takat viral macam ni, perempuan macam ni bukan tahu malu pun.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 08:09 AM | Show all posts
bengap jgk org yng tny ni....pegi ascort pompuan ni masuk office pastu investigate...mcm kazen aku kena...dia ni gemok keluarkan hp pastu cara dia tgk hp pun mcm rekod...tak pasal2 kena masuk office...dah la time tu tgk jin jinotti...jadah ape nak rekod
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:35 AM | Show all posts
bengap gila 2 ni..
and tangan dlm pawagam tu tiba2 berkerak sgt nak banding muka sob sob permohonan maaf ti
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Si Sol je penah saman puak yg rakam filem dia dlm wayang kan..bagus juga
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:45 AM | Show all posts
hahahahah....
bodoh nyer la....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:49 AM | Show all posts
ko bayar untuk menonton bukan bayar utk merakam..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:49 AM | Show all posts
Harap ada pihak yg ambik tindakan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
common sense kelaut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 11:29 AM | Show all posts
akta x boleh rekod dalam panggung boleh campak je lah
sapa ntah nk tgk video yg rekod dlm wayang
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:32 AM | Show all posts
kalo mcm tu la punya mind set, atas jalan boleh la drive suka hati nak langgar itu ini sebab dah byr road tax, jalan itu aku yg punya. bengong punya pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:35 AM | Show all posts
Mohon ketatkan penguatkuasaan undang-undang kat Malaysia ni sebab banyak sgt mentaliti dunia mundur kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:40 AM | Show all posts
sah2 la ada bgtau dlm panggung dilarang merakam segala sebelum lampu gelap dan filem ditayangkan
dia rakam abis ke camne ek? iols ada record jgk tp secoet jela bila dh sampai hujung cerita atau bila dh naik nama2 pelakon produksi segala
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.322098 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list