View: 1942|Reply: 26
|
[Tempatan]
Tidak Lagi Kelaparan, Acik2 B40 Dah Boleh Beli Menu Rahmah RM5 Di Lebih 15,000 Restoran Mulai Hari Ni!
[Copy link]
|
|
SUBANG JAYA: Lebih 15,000 restoran menawarkan Menu Rahmah berharga RM5 bagi hidangan makanan tengah hari atau makan malam untuk golongan B40, mulai hari ini.
Ia selaras dengan pelancaran inisiatif Menu Rahmah oleh kerajaan, hari ini, bertujuan memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.
Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata menerusi inisiatif itu, diharap tiada lagi golongan sasar yang tidak mampu membeli makanan di restoran.
"Lebih 15,000 restoran daripada tujuh persatuan pengusaha makanan dan minuman memberi komitmen mereka untuk menyediakan Menu Rahmah di premis masing-masing.
"Saya harap selepas ini, dapatlah golongan ini membeli makanan dan tidak lagi kelaparan kerana tidak mampu membeli makanan di restoran," katanya selepas Majlis Pelancaran Menu Rahmah, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga pasti golongan yang berkemampuan tidak akan mengambil kesempatan memilih Menu Rahmah kerana mampu membeli sajian lain.
Terdahulu, Salahuddin membuat tinjauan harga barangan di Pasar Raya Mydin, di sini dan beliau berpuas hati dengan kualiti serta harga barangan yang dijual.
"Rata-rata, kita lihat rakyat bijak memilih barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan sebelum membeli," katanya.
Beliau turut meninjau bekalan telur dan minyak masak bersubsidi di pasar raya itu.
"Pihak pengurusan Mydin ada mencadangkan supaya subsidi bersasar diberi secara terus kepada pengguna kerana cara itu lebih menguntungkan rakyat.
"Kementerian akan mengkaji cadangan ini sebelum membuat apa-apa keputusan mengenainya. Dalam tinjauan ini juga, rakyat memberi maklum balas positif, namun masih mengharapkan bantuan kerajaan untuk mengawal harga barangan dan menampung kos sara hidup," katanya.
Sementara itu, Pasar Raya Mydin turut menyumbang 5,000 pek makanan Menu Rahmah kepada pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terdiri daripada golongan B40.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin, berkata pihaknya juga komited untuk memastikan semua pengusaha makanan di pasar rayanya di seluruh negara, akan menyediakan Menu Rahmah, untuk tempoh tiga bulan dan diteruskan jika keadaan mengizinkan.
|
|
|
|
|
|
|
|

Dua dari kanan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub. |
|
|
|
|
|
|
|
klu utk student mmg bgs buat menu rahmah mcm nie..xde la manjang mkn megi ngan nasi bujang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sarahmirza at 31-1-2023 05:18 PM
Bagi kat student je la...
Yang dah kahwin beranak pinak walaupun B40, sedarlah diri kalau duit tak berapa cukup makan luar hari2, paksa diri jadi rajin..... Rajin bangun pagi, masak & bawa bekal ke tempat kerja.
Kalau tak diterhadkan kat student yang duduk asrama ipta/ipts, tak hairan yang dewasa tak kira B40, M40 atau T20 mesti sapu bersih peluang ni....
Rakyat Msia kan mmg terkenal dgn sikap ambil kesempatan... |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai yg 15,000 tersenarai tu dapat subsidi eh? Sebab kalau tak dapat its almost imposibble la untuk harga tu |
|
|
|
|
|
|
|
ooh..sape2 je boleh beli kan. bukannya golongan b40 ada bwk kad b40 mcm kad oku gitu utk tunjuk kt tuan kedai waktu nk bayar makanan |
|
|
|
|
|
|
|
Pati, pata patu mcm friskies pun blh beli la kan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut statement tu cuma beritahu nk menu rahmah kat list of kedai yg 15,000 tu |
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 31-1-2023 05:25 PM
janji bukan bangla sapu
Tunjuk. IC...
Kat JB ada bas muafakat percuma.
Tunjuk IC naik free aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik kerajaan perpaduan negata prehatin dgn rakyat tak kira derjat |
|
|
|
|
|
|
|
Chaiyok salehuddin ...chaiyok....baru aku sebut semalam.....
Kakakinky dah tak boleh berniaga ler macam ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 31-1-2023 05:16 PM
Bagi kat student je la...
Yang dah kahwin beranak pinak walaupun B40, sedarlah diri kalau duit tak b ...
Sama ler jugak bodoh...kalo mak ayah boleh beli....the savings that they make dari what they would have spend before...boleh kasi duit jajan anak sekolah lebih sikit...
Ko ni asyik ada je yg tak kena.....cuba jadi macam aku....chill je...jgn asyik nak melompat at every instance ler...laki ko tak.bingit keww dapat minik yg asyik ada negative thoughts je....jgn sampai dia fed up diceraikheun ko...suker ler ko ...?
Kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pu3_rania at 31-1-2023 07:51 PM
Alhamdulillah
Antara usaha yang bagus dari kerajaan untuk rakyat yang kurang berkemampuan supaya dapat membeli dan menikmati makanan yang di jual di restoran |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 31-1-2023 07:55 PM
Harap2 tak macam 'what you ordered what you received'. Dalam gambar bukan main cun, in reality mcm mosh pit (tak tak mana satu ini ikan ka sayur ka apa ka). |
|
|
|
|
|
|
|
mesti 15000 penyedia menu rahmah ni mendapat "rahmah" dari kerajaan "rahmah".kenapa tak kawal harga barang sekurangnya semua rakyat dpt benefit terus.
menu rahmah salurkan subsidi melalui "orang tengah"... yg double triple untung sapa?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|