CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis tahan lelaki tipu khidmat bersih rumah

[Copy link]
Post time 31-1-2023 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Polis tahan lelaki tipu khidmat bersih rumah

31 Januari 2023 02:30pm






Gambar hiasan.




BALIK PULAU - Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai terlibat dalam kes menipu urusan perkhidmatan pembersihan rumah yang tidak wujud melalui Facebook sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM113,238.61 dalam kejadian baru-baru ini.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, lelaki berusia 20-an itu ditahan di Taman Mewah, Kemunting di Perak semalam hasil maklumat dan risikan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya sejak beberapa minggu lepas.

"Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu dipercayai telah menawarkan perkhidmatan pembersihan rumah menerusi iklan di laman sosial Facebook namun ia sebenarnya tidak wujud dan jumlah kerugian yang dialami mangsa sebanyak RM113,238.61," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkam suspek berkenaan disyaki terlibat dalam kes tersebut sejak tahun lepas dan ia membabitkan mangsa di beberapa negeri.

Sementara itu, menurut kenyataan tersebut polis turut nenahan seorang wanita berusia 23 tahun kerana disyaki menjadi ejen jualan yang menjalankan urusan jual beli barang kemas yang tidak wujud melalui dalam talian.

Kenyataan itu turut memaklumkan wanita tersebut ditahan di Taiping, Perak melibatkan kes yang dilaporkan pada 6 Februari tahun lepas.

"Hasil semakan lanjut mendapati wanita itu adalah ejen jualan yang berurusan dengan pengadu dalam urusan penjualan barangan kemas yang tidak wujud melalui dalam talian sehingga menyebabkan kerugian RM39,600 kepada mangsa.

"Dalam kejadian itu, suspek juga membuat ugutan kepada pengadu untuk membatalkan pembelian dan semua wang pembayaran mereka tidak akan dipulangkan jika tidak membuat pembayaran pada masa ditetapkan namun selepas selesai bayaran, barangan kemas tidak diberikan kepada pembeli," menurut kenyataan itu.




Kedua-dua suspek itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.060979 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list