CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 286|Reply: 2

[Selangor] Wanita cedera jatuh gaung di Bukit Tabur

[Copy link]
Post time 31-1-2023 01:39 PM | Show all posts |Read mode

WANITA yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter di Bukit Tabur. FOTO Ihsan Bomba

Ampang Jaya: Seorang wanita cedera selepas terjatuh dalam gaung sedalam 30 meter di Bukit Tabur, Taman Melawati di sini, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Selangor menerima panggilan berhubung kehilangan wanita terbabit pada 2.44 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, Datuk Norazam Khamis berkata, pencarian dibahagikan kepada dua trek laluan pendakian dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Hutan dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (Mosar).

"Pada 11.08 pagi, mangsa yang dikenal pasti S Sangeta berusia 26 tahun ditemukan dan dilaporkan sedar, namun cedera akibat jatuh dari puncak bukit ke dalam gaung.

"Anggota menyelamat sedang berusaha untuk mengeluarkan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa kini dalam keadaan stabil dan usaha untuk menaikkan mangsa dari gaung giat dijalankan.

"Siasatan lanjut berhubung mangsa bersama siapa dalam pendakian kini sedang dijalankan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aung-di-bukit-tabur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 01:55 PM | Show all posts
Ok dah jumpa. Baca berita dia p naik sorang2. Adoii la sis.
Dah la bukit tu memang dah tutup lama untuk aktiviti hiking
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:18 PM | Show all posts
Nasib baik tiada apa-apa yang buruk berlaku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.076403 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list