CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Peniaga 'hilang arah' lesen penjaja bergerak dibatalkan

[Copy link]
Post time 31-1-2023 12:53 PM | Show all posts |Read mode

PENIAGA bersama Abdul Rani Kulup ketika membantah tindakan MPPD membatalkan lesen penjaja bergerak di Pantai Batu 4, Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Sepuluh peniaga di Pusat Penjaja Bergerak Pantai Saujana Batu 4, di sini, bagai hilang arah selepas lesen penjaja mereka dibatalkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Pengerusi peniaga kecil di pusat penjaja itu, Mohd Hafiz Shuid berkata, lesen penjaja bergerak yang diberikan kepada mereka terbatal serta-merta pada Khamis lalu melalui satu surat tanpa dimaklumkan sebab sebenar.

"Apa yang kami kesalkan tiada isu berbangkit, malah tapak perniagaan itu dinaik taraf lebih baik pada 2016 menggunakan wang dikumpulkan semua peniaga sebanyak RM20,000 sebelum diambil semula oleh MPPD.

"Kami hanya ingin berniaga dan mencari rezeki halal di sini, bila lesen dibatalkan kami tidak tahu ke mana arah kami selepas ini," katanya ketika ditemui di tapak penjaja bergerak itu, hari ini, yang turut dihadiri aktivis sosial Abdul Rani Kulup Abdullah.

Mohd Hafiz merayu kepada pihak berkenaan supaya pembatalan lesen itu dipertimbangkan kerana ia sumber pendapatan mereka.

Sementara itu, Yang Dipertua MPPD Mohd Zamri Mohd Esa berkata, pihaknya terpaksa membatalkan semua lesen peniaga di situ kerana melanggar syarat ditetapkan MPPD.

"Sepuluh peniaga ini boleh membuat permohonan semula untuk memperbaharui permit lesen, jika mereka tidak melakukannya (permohonan semula) terpulang kepada mereka kerana lokasi di situ adalah tumpuan pengunjung.

"Surat pemakluman pembatalan lesen penjaja tahunan sudah diserahkan kepada 10 peniaga itu dan mereka diminta membuat permohonan baharu iaitu mengisi borang permohonan lesen penjaja bergerak," katanya ketika ditemui.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bergerak-dibatalkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.059507 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list