View: 1909|Reply: 24
|
Saintis Jumpa Beruang Di Planet Marikh
[Copy link]
|
|
Los Angeles: Pasukan saintis yang terbabit dalam misi pencarian air di Marikh menerbitkan gambar terkini permukaan planet itu seolah-olah menyerupai beruang comel.
Ia dirakam menerusi kamera berteknologi tinggi dikenali sebagai Kamera khas Eksperimen Sains Pengimejan Resolusi Tinggi (HiRISE).
Kamera itu pada Mars Reconnaissance Orbiter iaitu kapal angkasa yang terbabit dalam pencarian unsur air di Marikh.
Kapal angkasa terbabit mengelilingi Marikh sejak 2006 dan ia sebahagian daripada Misi Penerokaan Marikh, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat.
Foto: AFP
Saintis mendedahkan, kamera itu sempat merakamkan bentuk permukaan Marikh menyerupai seekor beruang comel.
Mereka berkata, setiap satu daripada ciri dalam permukaan selebar 2,000 meter itu mempunyai penjelasan yang mungkin membayangkan betapa aktifnya permukaan planet itu.
"Terdapat bukit dengan struktur runtuh berbentuk V (menyerupai bentuk hidung), dua kawah (bentuk mata) dan corak patah bulat (bentuk kepala).
"Corak patah bulat mungkin disebabkan oleh mendapan deposit di atas hentaman kawah yang tertimbus.
"Mungkin hidungnya adalah lubang gunung berapi atau lumpur dan mendapan itu mungkin lava atau aliran lumpur?" katanya.
HiRISE adalah salah satu daripada enam instrumen di atas Orbiter, merakam gambar yang sangat terperinci mengenai Marikh.
Ia membantu usaha pemetaan permukaan untuk kemungkinan misi masa depan, sama ada oleh manusia atau robot.
Dalam tempoh 10 tahun lalu, pasukan itu berjaya merakam imej runtuhan salji, semasa ia berlaku dan menemui aliran gelap yang boleh menjadi sejenis cecair.
Mereka juga menemui debu berpusing-pusing di seluruh permukaan Marikh serta ciri yang dianggap sesetengah orang kelihatan seperti logo Starfleet Star Trek.
Bagaimanapun, satu perkara yang tidak mereka lihat adalah 'lelaki hijau' yang dahulunya dipercayai ramai sebagai penduduk planet itu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
inilah akibatnya kalau tak ada benda menarik dijumpa, benda bodoh mcm ini pun dah excited..buang duit ja pg sana |
|
|
|
|
|
|
|
teringat drama siri lost kt hutan hawaii ada polar bear
|
|
|
|
|
|
|
|
..pada aku mars tu dulu kira macam earth ni la sebab matahari masa tu lebih panas dari sekarang.. |
|
|
|
|
|
|
|
mati mati aku ingat betul laaa seekor beruang di planet marikh..
alih alih gambar gitu je hahahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
beruang ka tu? comel macam muka TT ja
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingat ada makhluk yang mendiami di sana |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah2 la buat high rise kat klang valley ni. Menyemak je. Bukan ada org duduk pun |
|
|
|
|
|
|
|
bajet billion2 semata2 nk tunjuk ni je ?? |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan memang hader la beruang di sana...rupanya lukisan serupa kepala beruang jer...adui |
|
|
|
|
|
|
|
Ni lukisan kaum mars zaman purba persis Nazca Lines kat Peru nun..korang apa tau |
|
|
|
|
|
|
|
Da bole pecat la saintis yg jumpa tu mengarut jah bazir masa |
|
|
|
|
|
|
|
tapi memang ada beruang kat sana kan?
Tardigrade atau dikenali sebagai water bear |
|
|
|
|
|
|
| |
|