CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 0

[Dunia] Jeneral Amerika Syarikat ramal perang dengan China 2025

[Copy link]
Post time 31-1-2023 09:21 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail menunjukkan Minihan bersama bekas Presiden AS, Barack Obama. -- AFP

Jeneral Amerika Syarikat ramal perang dengan China 2025

WASHINGTON – Seorang jeneral Tentera Udara Amerika Syarikat (AS)  meramalkan perang dengan China akan berlaku dalam tahun 2025 dan memberi amaran bahawa pegawai-pegawai mesti melakukan persiapan, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Jeneral empat bintang itu menghantar satu memorandum kepada pegawai-pegawai AS dan meramalkan bahawa perang antara Beijing dan Washington  akan tercetus hanya dua tahun lagi.

Dalam memo yang ditandatangani itu kepada pegawai-pegawai bawahannya, beliau berkata, ‘nalurinya’ menjangkakan perang dengan China akan berlaku.

Memorandum berkenaan yang dihantar pada hari Jumaat 27 Januari 2003, menggariskan bahawa kepada anggota tentera bahawa mereka perlu bersedia dan melakukan persiapan dengan menembak ‘ke arah sasaran’  dan ‘menyasarkan bahagian kepala’.

Memorandum itu dihantar oleh Jeneral Mike Minihan selaku komander Markas Mobiliti Udara dan sebelum ini berkhidmat sebagai timbalan ketua Markas Indo-Pasifik.

Beliau berkata, matlamat utama AS sepatutnya untuk menghalang dan sekiranya perlu,  ‘menewaskan’ China.

Dalam memorandum persendirian kepada barisan komander kanannya,  Minihan juga memberitahu: “Saya harap saya silap. Naluri memberitahu saya bahawa kita (AS) akan berperang pada 2025”.

Katanya, China akan memantau rapi pilihan raya Presiden Taiwan pada tahun depan kerana ia akan memberikan alasan kepada Presiden Xi Jinping untuk meningkatkan kekerasan tentera di rantau itu.

“Jinping mengekalkan penggal ketiga  (sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis)  dan menubuhkan majlis perangnya pada Oktober 2022. Pilihan raya Taiwan adalah dalam tahun 2024 dan akan memberikan alasan kepada beliau.

“Pasukan Jinping, alasan dan peluang adalah selaras untuk tahun 2025,” kata Minihan.

Susulan memorandum tersebut, Minihan  menggariskan matlamat beliau untuk melakukan persiapan dan membina ‘Pasukan Tentera Gerakan Bersama supaya bersedia untuk berperang dan menang dalam rangkaian pulau pertama’.

Walaupun masih samar rangkaian pulau yang beliau maksudkan, selaku Komander Markas Mobiliti Udara, Jeneral Minihan mengetuai hampir 50,000 askar dan hampir 500 pesawat perang.

Memorandum itu ditujukan kepada semua komander sayap Markas Mobiliti Udara dan komander operasi Tentera Udara AS yang lain. Ia mengarahkan mereka supaya melaporkan semua usaha untuk melakukan persiapan perang dengan China kepada Minihan menjelang 28 Februari ini. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... -dengan-china-2025/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.048192 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list