CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

[Dunia] Masjid meletup pada waktu solat, 28 maut

[Copy link]
Post time 30-1-2023 07:45 PM | Show all posts |Read mode
Masjid meletup pada waktu solat, 28 maut


Orang ramai melihat runtuhan selepas letupan berlaku di masjid di saat orang ramai berkumpul untuk menunaikan solat Zohor. - FOTO Agensi


Peshawar: Satu letupan dilaporkan berlaku di masjid di bandar barat laut Peshawar di Pakistan hari ini, dengan sekurang-kurangnya 28 maut dan 150 lagi cedera, seorang pegawai polis tempatan memberitahu Reuters.

Letupan berlaku di masjid di mana sebilangan besar orang berhimpun untuk solat, kata pegawai polis Sikandar Khan.

Sebahagian besar mangsa yang maut adalah anggota polis.

Ini kerana masjid berkenaan terletak di dalam kawasan yang turut menempatkan ibu pejabat pasukan polis dan bahagian antipengganas.

"Sebahagian daripada bangunan itu telah runtuh dan beberapa orang dipercayai berada di bawah runtuhan," katanya.

Sementara itu, ketua polis Peshawar, Ijaz Khan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada pengebom bunuh diri.

"Setakat ini tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian ini.

"Sekurang-kurangnya 260 individu berada di masjid itu ketika kejadian berlaku.

"Bahagian dinding masjid runtuh dan beberapa orang dipercayai berada di bawah runtuhan," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... waktu-solat-28-maut

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.083561 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list