CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 6

KPT Tawar Pengajian Percuma Kepada Pelajar Generasi Pertama Keluarga Miskin

[Copy link]
Post time 30-1-2023 07:11 PM | Show all posts |Read mode
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperkenalkan program penajaan pengajian percuma kepada pelajar generasi pertama keluarga miskin yang berjaya memasuki universiti.


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mekanisme dan dasar tersebut akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk disokong dan dijadikan dasar yang berkelangsungan.




FB




"Ia sebagai langkah menamatkan kemiskinan melalui ilmu dan kemahiran," katanya  ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu KPT di sini hari ini.


Mohamed Khaled berkata KPT juga akan memberi nafas dan sentuhan baharu terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan mengkaji kesesuaian untuk menjadikan PTPTN sebagai sebuah tabung amanah nasional.


“Kita mahu mengurangkan beban hutang PTPTN bagi memastikan kelestariannya serta menjadikan ia sebagai institusi pembiayaan pendidikan nasional yang membolehkan semua individu dari dalam dan luar negara untuk menyumbang kepada pendanaan pendidikan tinggi negara,” katanya.


Beliau berkata KPT juga sedang meneroka ruang pendidikan yang anjal melalui penggabungan elemen bersemuka dan maya sebagai memanfaatkan platform digital serta teknologi kerana pendekatan sedemikian berupaya memberi impak pengurangan kos pengajian yang signifikan.


Mohamed Khaled berkata pemilihan kepimpinan di institusi pengajian tinggi (IPT) dan agensi di bawah KPT  akan melalui proses saringan ketat, teliti serta objektif bagi memastikan jawatan diisi tokoh atau calon paling layak dan berwibawa.


Beliau berkata saringan ketat itu bakal mencerminkan sikap profesional, adil, objektif dan tidak politikal KPT dalam menterjemah pelbagai dasar dan program nasional.


“Negara ini memerlukan sektor pendidikan tinggi yang berfungsi dengan efisien dan cemerlang. Perkara ini mesti dimulakan dengan kepimpinan berwibawa dan berprestasi,” katanya.


Beliau turut menyeru warga IPT agar mendidik penuntut supaya berada di landasan tepat menepati piawaian akademik dan budaya intelektual.


Katanya, KPT ketika ini tidak lagi tertumpu kepada kemahiran insaniah dan amali semata-mata sebaliknya perlu dilengkapi dengan kepintaran mengurus manusia serta mengurus teknologi.


“Kematangan mengawal emosi, kemahiran pelbagai bahasa, kecekapan berunding, kemampuan memimpin perbincangan dan bekerja secara efektif dalam pasukan. Semuanya adalah smart skills (kemahiran pintar),” katanya.


Bagi memperkasakan sistem dan ekosistem program Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), beliau berkata rombakan besar-besaran akan dilakukan terhadap program berkenaan sebagai satu daripada usaha melahirkan pelajar berkemahiran dan cekap teknologi.


“Negara memerlukan ramai individu yang mempunyai kemahiran dan kecekapan teknologi bersifat ‘kalis masa depan’,” katanya.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 07:14 PM | Show all posts
bifoti lagi???

m-foti apa cer? golongan paling kesian dlm mesia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastikan merit akademik dipenuhi...klu tak nnt bila gagal...membazir aja duit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
miskin anak bongsu, apply scholar guna slip mak bapak tp ada kakak abang dah berjaya topup duit belanja. geng2 ni la duk pakat pakai handphone masuk asrama time late 90's early 2000's dulu. belum lagi asal ada event berbaju baru atas rm100...


dendam lama tak habis....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 11:07 PM | Show all posts
aiyo.. terkenang zaman study

harap betul la yang susah dan benar2 layak dapat

jangan la geng pintu belakang dapat

geng bayar kos kat admin, kat orang atas dapat, nyampah aku tengok
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 09:52 AM | Show all posts
might as well sediakan pendidikan dari umur 5 tahun untuk anak2 yg layak. sebab pendidikan dari awal ni penting. Bayaran pendaftaran tadika swasta dah beribu. makanya, ada anak2 x sekolah tadika, terus darjah 1 then ketinggalan sebab tak tahu membaca, mengira yg basic2. Cikgu sekolah rendah nk kejar silibus, tak boleh fokus satu2. Memang lah ada tadika kemas/PASTI etc, tapi kalau dh student 40 org sekelas, still ada anak2 yg tercicir.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2023 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yg x layak yg dpt..depan mata aku siap bangga parent dpt msk IPTA guna kuota org tengah kabel ular sawa anaconda.. pdhal result anak hampeh je..kesian pd yg btl2 layak..blm lg yg dpt biasiswa atas kabel gak...pdhal gaji mak bapak campur dua2 lebih 30k setiap bulan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.071312 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list