CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 496|Reply: 4

Tangguh Perbicaraan Kes 1MDB Susulan Kematian Mengejut Gopal Sri Ram

[Copy link]
Post time 30-1-2023 06:56 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menangguhkan perbicaraan kes membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan penangguhan itu setelah permohonan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib susulan kematian mengejut Datuk Seri Gopal Sri Ram semalam, “figura umpama seorang bapa kepada pasukan pendakwaan kes 1MDB”.




The Star




"Yang Arif, Sri Ram adalah bos dan ketua pasukan kami dan mendiang seperti bapa kepada kami semua. Hari ini dijadualkan bagi menyambung perbicaraan. Tetapi memandangkan kematian mengejut mendiang (Sri Ram), kami merayu penangguhan selama dua hari,” katanya.


Beliau memohon penangguhan pada hari ini dan esok bagi membahagikan semula beban tugas kes tersebut dan menghadiri majlis pengkebumian Sri Ram, esok.


“Majlis penghormatan bagi bukan ahli keluarga akan berlangsung di Nirvana 2 Kuala Lumpur antara 8 pagi hingga 1 tengah hari dan jasad mendiang kemudiannya akan disemadikan di Nirvana Memorial Park Shah Alam,” kata Ahmad Akram.


Peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah permohonan penangguhan tersebut.


"Kami tidak mempunyai bantahan terhadap penangguhan itu dan ucapan takziah kami zahirkan kepada pasukan pendakwaan," kata peguam veteran itu.


Mahkamah kemudian membenarkan penangguhan tersebut dan menetapkan Khamis untuk menyambung perbicaraan.


Perbicaraan kes 1MDB ditetapkan untuk diteruskan hari ini dengan pasukan pembelaan akan menyambung pemeriksaan balas terhadap Bekas Pengurus Perhubungan Ambank Joanna Yu Ging Ping.


Sri Ram meninggal dunia semalam pada usia 79 tahun di sebuah hospital swasta di sini. Mendiang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) minggu lepas kerana jangkitan paru-paru.


Mendiang merupakan pendakwa utama dalam kes rasuah 1MDB membabitkan Najib.


Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita happy untuk kak ros
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:02 AM | Show all posts
Tak vaksin ka?

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:00 AM | Show all posts
mujur bukan najib pm

kalau tak konfem ada pakar konspirasi yang cuba connecting the dots kononnya najib yang bunuh

contohnya pembunuhan kevin morais
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.051421 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list