View: 481|Reply: 9
|
Malaysia Buat Permohonan Cabar Tuntutan Waris Sulu Di Mahkamah Rayuan Luxembourg
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Malaysia sedang mengambil tindakan untuk mencabar perintah Exequatur yang dikeluarkan secara ‘ex-parte’ ke atas tuntutan individu yang mendakwa mereka sebagai waris Sultan Sulu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman berkata, tindakan itu bakal dibuat di Mahkamah Rayuan Luxembourg.
“Ia susulan tindakan kerajaan Malaysia dengan serta-merta memohon kepada mahkamah di negara itu untuk mendapatkan relif interim,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Azalina, Foto: kosmo
Langkah berkenaan ekoran sebuah mahkamah di Luxembourg pada 24 Januari lalu telah mengeluarkan keputusan bagi melepaskan penahanan yang dipohon pada 11 Julai 2022.
Perintah penahanan berasaskan ‘Final Award’ dan ‘Preliminary Award’ itu dikemukakan oleh beberapa individu yang mendakwa mereka konon sebagai waris kepada Sultan Sulu.
Ia dikeluarkan penimbang tara, Dr. Gonzalo Stampa tahun lepas masing-masing pada 28 Februari dan 25 Mei 2022 lalu yang mengiktiraf award dikatakan tersebut di Luxembourg.
Mengulas lanjut, Azalina berkata, Malaysia sudah dengan serta-merta bertindak dan sesi pendengaran permohonan itu telah berlangsung pada 5 Disember lalu di negara tersebut.
Kerajaan Malaysia, tegas Azalina, tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan serta kekebalan kedaulatan Malaysia pada sepanjang masa. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Kena cancel dgn Luxembourg court pasal depa takde / taknak bagi home address. Aku rasa attack di Tanduo tu part of depa punya grand plan, pancing attack supaya Malaysia stop bayar annual payment tu.. bila payment stop baru depa boleh mintak gantirugi billion 2. Kerajaan pulak ambik knee jerk reaction.. or maybe wrongly advised. Takkanlah bodoh sangat jamalul kiram tu nak attack Malaysia. Singapore yg lagi well equipped pun belum tentu berani nak attack tak tentu pasal. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa di belakang yg duk taja family suluk ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Apepun sepai kite mmg hebat kan? Rasenye diorg dpt info awal terus suggest kerajaan malaysia jual je aset petronas tu. Geng2 karam ni nk tuntut rerupanya udah dijual. Lol |
|
|
|
|
|
|
|
suluk dh dpt ic senyum sinis jer dpt idup aman kt Msia. |
|
|
|
|
|
|
|
dah berapa tahun da.. harap2 cepat selesai, risau aku tengok kes ni
maruah Malaysia dipijak-pijak |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 30-1-2023 06:02 PM
Siapa di belakang yg duk taja family suluk ni?
Tu lahhh...Family tu kaya sangat ke? Nak filekan saman tuntut billion2 pun dah berapa jota kos.. Sendiri pun takde negara berdaulat pastu boleh pulak jadi pandai saman guna mahkamah antarabangsa? Aku speku negara tempat ketuanan Sulu bertakhta... |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 30-1-2023 06:59 PM
Tu lahhh...Family tu kaya sangat ke? Nak filekan saman tuntut billion2 pun dah berapa jota kos.. S ...
Belajar pun berapa tingkat je. Ni ada yg mengajar kat belakang.
|
|
|
|
|
|
|
|
penyokong sulu where u at where u at? |
|
|
|
|
|
|
|
tiada sebarang komen sebab haku tak tau |
|
|
|
|
|
|
| |
|