CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 0

[Johor] 'Kedua-dua anak saya ditidurkan'

[Copy link]
Post time 30-1-2023 02:04 PM | Show all posts |Read mode

Kedua-dua anak Yusof ditidurkan.

Kluang: "Kedua-dua anak saya 'ditidurkan' dan perlu menjalani ujian imbasan, jika ada pendarahan teruk pada otak, mereka akan jalani pembedahan.

"Saya cukup terkilan kerana kemalangan begini (akibat pemandu mabuk) sudah kerap berlaku, pesalah sepatutnya dihukum setimpal dengan perbuatan mereka," kata Mohd Yusof Othman, 34.

Mohd Yusof berkata demikian berhubung keadaan bayinya Nur Hana Humaira berusia setahun lima bulan dan kakaknya, Nur Aisyah Humaira, 6, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) selepas terbabit kemalangan di Kilometer 57 Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, semalam.

Difahamkan, Nur Hana Humaira mengalami pendarahan otak selain cedera pada tulang pinggul, manakala kakaknya, Nur Aisyah Humaira, 6, turut mengalami pendarahan pada otak serta bengkak tulang rahang.

Isterinya, Faridah Hassan, 37, yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Dengar di sini, turut cedera dan kini menerima rawatan di hospital sama.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, kereta Toyota Vios dipandu Mohd Yusof dirempuh pacuan empat roda Nissan Navara yang dipandu lelaki berusia 29 tahun sebelum kenderaannya melanggar pokok di lokasi kejadian.

Mohamad Yusof berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Kahang Timur selepas membeli aksesori kenderaan untuk pelanggannya di bandar ini.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia yang sedang berbual bersama isterinya bersama kedua-dua anak mereka, tiba-tiba dikejutkan dengan perlanggaran dengan pacuan empat roda terbabit.

"Kenderaan saya terlanggar pokok lalu berpusing dan selepas itu pandangan saya kabur.

"Saya lihat dua anak saya didukung orang ramai, namun tak nampak kelibat isteri ketika itu. Sebaik sedar daripada pengsan, saya sudah berada atas katil hospital (HEBHK)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengenai keadaan anak dan isterinya, Mohamad Yusof berkata, dia masih belum dapat bertemu lagi dengan mereka.

"Malam tadi ketika dimasukkan ke wad, kedua-dua anak saya mengalami trauma dengan si kecil (bayi) ada pendarahan pada otak dan kakaknya juga sama selain patah tangan.

"Saya berharap keadaan mereka baik, begitu juga dengan isteri. Semua pihak kena ambil pengajaran (kesan pemandu mabuk), mujur hari ini saya masih bernyawa," katanya.

Sejak kelmarin, klip rakaman video kemalangan itu tular sehingga mencetuskan kecaman warganet kerana pacuan empat roda itu dipandu melulu dan menjadi punca kemalangan.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... nak-saya-ditidurkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.082661 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list