CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 816|Reply: 5

[Jenayah] Mengamuk Dan Tendang Wanita, Lelaki Bermasalah Mental Maut Dipukul Di Masjid Tok Guru!

  [Copy link]
Post time 30-1-2023 11:46 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental maut dipercayai dipukul sekumpulan lelaki di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam tadi, mangsa berusia 20-an itu dikatakan mengamuk di masjid berkenaan sebelum menendang wanita berusia 50-an yang melalui pekarangan masjid terbabit.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Azam berkata, dia pada awalnya melihat mangsa mengamuk di sekitar surau Pasar Kota Jembal, di sini ketika Zuhur sebelum mangsa datang ke masjid berkenaan.

Katanya, mangsa menunaikan solat Asar bersendirian sebelum keluar dan secara tiba-tiba menendang serta menyepak wanita yang juga tukang masak sebuah sekolah tahfiz berdekatan ketika melalui pekarangan masjid terbabit.

"Melihat kejadian berkenaan, sekumpulan lelaki membantu wanita itu sehingga berlaku pergelutan menyebabkan mangsa dipukul sebelum didapati tidak sedarkan diri.

"Mangsa dilihat mengamuk beberapa jam sebelum kejadian berlaku, namun tiada yang membuat laporan polis kerana tidak menyangka dia akan mencederakan orang awam," katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Tok Guru, Pulau Melaka, di sini, malam tadi.

Berikutan kejadian itu, sekumpulan lelaki berkenaan dibawa menaiki van oleh pihak polis dipercayai untuk membantu siasatan.

Azam berkata, menurut saksi lain mangsa yang dipercayai berasal daripada Pasir Puteh itu menunaikan solat Asar dalam keadaan menangis sebelum secara tiba-tiba mengamuk semula di pekarangan masjid berkenaan.

"Selain itu, mangsa baru pertama kali dilihat berada di kawasan ini dan tidak dikenali oleh jemaah atau penduduk setempat.

"Dia berpakaian seperti orang biasa namun perlakuannya yang menjerit dan menengking orang ramai menunjukkan bahawa mangsa mempunyai masalah mental," katanya.

Bagaimana pun, sehingga kini polis belum mengesahkan kejadian berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2023 11:46 AM | Show all posts

Pihak polis melakukan siasatan di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, Kota Bharu. - Foto NSTP/Syaherah Mustafa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2023 11:46 AM | Show all posts

Mayat lelaki dipercayai dipukul sekumpulan lelaki dibawa ke hospital untuk siasatan lanjut. - Foto NSTP/Syaherah Mustafa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2023 11:47 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 11:49 AM | Show all posts
thread dh ada: https://bm.cari.com.my/forum.php ... &extra=page%3D1

tp sini bnyk gmbr dgn video berita



Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh tau mental apesal pukul? X pasal2 dok lokap 2@3 hari
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.645433 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list