CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1956|Reply: 30

Jangan Usik KWSP, Tak Tahu Apa Jadi Masa Bersara Nanti

[Copy link]
Post time 30-1-2023 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Saudara Pengarang,


Wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) penting untuk kegunaan selepas bersara kelak. Kita tidak tahu selama mana akan hidup selepas bersara nanti.


Wang penting selepas bersara supaya kita dapat meneruskan kehidupan seharian tanpa mengharapkan bantuan serta menyusahkan orang sekeliling.


Usia lanjut akan menyebabkan tahap kesihatan kita menurun. Penurunan ini akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit. Bagi merawati penyakit ini, kita memerlukan wang untuk melakukan proses rawatan.




Gambar Hiasan




Usia yang lanjut juga akan menyukarkan proses carian kerja kerana tenaga semakin berkurangan. Ramai majikan di luar sana lebih gemar mendapatkan tenaga kerja dalam kalangan orang muda yang lebih sihat dan bertenaga.


Oleh itu, penting supaya kita memiliki sumber kewangan yang benar-benar kukuh bagi menampung kehidupan kita selepas bersara.


Setiap orang perlu menyimpan sedikit wang bagi digunakan ketika ia diperlukan tanpa perlu menyentuh simpanan persaraan mereka. Orang ramai perlu belajar pengurusan kewangan bagi mengurus aspek kewangan harian mereka.


Walaupun wang dijimat dan disimpan adalah sedikit, namun sekiranya ia dilakukan setiap masa, wang itu akan menjadi banyak. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Sikap menyimpan wang untuk kegunaan waktu kecemasan perlu disemai diwaktu kecil lagi.


Generasi muda harus dilatih dari awal untuk menabung, mengamalkan sikap berjimat-cermat serta tidak membazir supaya mereka tidak menjadi kalam kabut dari sudut pengurusan kewangan apabila mereka menjadi dewasa kelak.


Dr. Muzaffar
Syah Mallow
Profesor Madya, Fakulti
Syariah & amp; Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi je la
Sape nak kuar, bior kan je
Nanti dah xde duit bila pencen
Meratib la lat gomen masa tu
Gomen x bantu bla bla bla
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:15 AM | Show all posts
Tinggal bawah jambatan. Harap gomen bantu.Tak pun tunggu socmed influencer hadiahkan rumah percuma.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:17 AM | Show all posts
ada yang keluarkan epf bukan nak buat belanja harian untuk menampung hidup, tapi siap beli  iphone model terbaru n laburkan dalam forex katanya ..lepastu habis camtu saja
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
yg betul2 memerlukan keluar je la, dah hidup skrg pun papa kedana sapa nak bantu?

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:26 AM | Show all posts
time muda ni.. sihat.. takde duit.. bawak2la grab ke.. food panda ke.. tenaga masih ada..

besok dah tua pencen.. takde duit.. tenaga pon takde nak keje lagi.. so tak payahla dihabiskan duit epf tu.. bukan banyak mana pon. Kalau kena lepas pencen tu mcm2 penyakit pulak dapat... memang tak cukupla duit tu.. nak harap kat anak2 tanggung.. kesianla dorang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2023 10:28 AM | Show all posts
mana tau pg siam nanti
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:34 AM | Show all posts
lama dah tak nampak acik2 beratur depan kedai emas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 30-1-2023 02:08 PM

Sempena cny pergi lah mekap comot pakai baju buruk tunggu depan tokong cina ade le org kaya kasi sedekah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg acik2 kat tiktok cakap
Depa dah jadi suri rumah skrg
Ada 100k dlm epf
Mau kuarkan 10k bantu suami..
Perkataan bantu suami tu yg paling benci nak dgr
Ko suruh jela laki ko kerja rajin2 sayang sgt kat laki
Acah2 betul
Lainla kalau dia kata saya nak beli brg kemas ke mekap ke takpela jugak
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:08 PM | Show all posts
sementara nak keluar epf umur 55 tu pinjamla duit along dulu ke pensyarah undang2 uni tempatan? so biarkan la rumai kena lelong, keter kena tarik, nama blacklist, atau declare bankrap psl dah beberapa tahun tak keje masa cobid ni? pensyarah ni gaji bulan2 jalan walaupun uni kena tutup time cobid. yg keje ni diberentikan, kalau dah 40an gaji dah 5 angka bukan senang nak dapat koje balik.

org bg solution, bukan bg air liur pree .


ada je pun tak sempat nak keluar epf dah meninggal, duit persaraan la sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:14 PM | Show all posts
jgn di bantah org nak berbelanja...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 30-1-2023 02:26 AM
time muda ni.. sihat.. takde duit.. bawak2la grab ke.. food panda ke.. tenaga masih ada..

besok dah ...

Nanti jadi mcm dalam video kat klang tu
Elok duduk kat traffik light kena rempuh.
Yang rempuh sihat takde apa2 yg di rempuh
Sorang mati sorang sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
rogayahtop replied at 30-1-2023 12:08 PM
sementara nak keluar epf umur 55 tu pinjamla duit along dulu ke pensyarah undang2 uni tempatan? so b ...

Dia x tahu cucu dia nanti dah besar kena keje kat negara LBGTQ+
Melainkan pangkat pensyarah tu boleh donload pada cucu dia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:43 PM | Show all posts
rogayahtop replied at 30-1-2023 08:08 PM
sementara nak keluar epf umur 55 tu pinjamla duit along dulu ke pensyarah undang2 uni tempatan? so b ...

Dengki ke tak keja gomen?

Sapa suruh tak mohon keja gomen SAMPAI dapat panggil interview?

Betul la atok dulu pernah habaq: tolong jangan dengki dengan orang kaya yang berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg takde plan nak kuarkan pun epf tu walopun boleh katup. Tiada keperluan buat masa ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 08:59 PM | Show all posts
talapia replied at 30-1-2023 10:26 AM
time muda ni.. sihat.. takde duit.. bawak2la grab ke.. food panda ke.. tenaga masih ada..

besok dah ...

cukup2 la dgn mentaliti bila tua, anak2 akan tanggung.  tak kesian ke kat anak2.  kalau ada antara kita yang 'sakit' poket sbb kehidupan yang serba mencabar dan mahal, serta kena juga menampung makbapak, bayangkan anak2 kita pun alami mcm kita...kena tanggung kita disamping ada keluarga sendiri.....

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
asudau replied at 30-1-2023 10:34 AM
lama dah tak nampak acik2 beratur depan kedai emas...

Emas naik hrga skang…harap2 bln puasa nnt turun  hrga blk lh bru bleh serbu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 30-1-2023 10:54 PM
Emas naik hrga skang…harap2 bln puasa nnt turun  hrga blk lh bru bleh serbu

Bulan puasa n raya emas akan naik hrga
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
asudau replied at 30-1-2023 10:34 AM
lama dah tak nampak acik2 beratur depan kedai emas...

Kaaaannnn..dulu kemain haa q sampai keluar kedai..mcm xdak hari esok tuu nk p beli
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.096520 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list