CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

[Politik] Diktator atau Demokrasi Terpimpin?Keputusan Ahmad Zahid pecat, gantung ahli dibantah Ahli Ahli MKT

[Copy link]
Post time 29-1-2023 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 29-1-2023 11:56 PM


ShAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan tetap mengambil tindakan walaupun pemimpin UMNO memberi amaran beliau tidak mengikut proses sewajarnya tentang isu pemecatan dan penggantungan.


The Star yang memetik sumber berkata, lima ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) membantah keputusan Ahmad Zahid manakala tiga bersetuju dengannya dalam mesyuarat yang berlangsung pada Jumaat malam.

Ahmad Zahid dalam ucapan pembukaannya membuat pengumuman mengenai pemecatan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan menyenaraikan (ahli yang) digantung daripada parti.

“Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar segera bangun dan meminta beliau dipecat daripada digantung selama enam tahun.

“Ahmad Zahid kemudiannya membalas, ‘kalau mahu begitu, jadilah’,” katanya.

Sumber itu berkata, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah berdiri dan berhujah bahawa pemecatan dan penggantungan mesti dibuat mengikut undang-undang dan proses sewajarnya.

Kata Ismail Sabri, mereka yang tersenarai perlu diberi surat tunjuk sebab terlebih dahulu, hak membela diri di hadapan lembaga disiplin dan kemudiannya rayuan kepada pengurusan sebelum MKT membuat keputusan.

“Ismail Sabri berkata menggantung dan memecat pemimpin serta ahli UMNO tanpa surat tunjuk sebab adalah tidak adil kerana mereka tidak dapat membela diri dan tidak tahu sebab dipecat.

“Beberapa ahli MKT lain, termasuk Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Armand Azha Abu Hanifah turut bersuara menyatakan ketidaksetujuan mereka kerana ia tidak mengikut proses yang sewajarnya seperti termaktub dalam perlembagaan UMNO.

“Mereka berhujah bahawa UMNO akan menanggung akibat kerana tidak mengikut proses yang sewajarnya dan ini seterusnya akan membawa kepada tindakan balas terhadap UMNO semasa pilihan raya apabila akar umbi mengundi sebagai protes.

“Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican merayu Ahmad Zahid untuk menunjukkan belas kasihan kepada Khairy,” jelas sumber itu.

Akhbar itu turut memetik sumber lain yang mendakwa Ahmad Zahid secara teorinya mempunyai kuasa untuk menjadi autokratik di bawah Perlembagaan UMNO.

“Cuma, memandangkan pemimpin UMNO sentiasa berbincang sebelum membuat sebarang keputusan besar yang menjejaskan parti, ia mengejutkan banyak pihak apabila beliau terus mengumumkannya kepada MKT dan kemudian kepada orang ramai,” kata sumber terbabit.

Pada Jumaat, MKT memutuskan memecat Noh dan Khairy Jamaluddin kerana pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

SumberSinarHarian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.380612 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list