CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPM sasar tangani masalah kekurangan guru sebelum Mac

[Copy link]
Post time 29-1-2023 09:16 PM | Show all posts |Read mode
KPM sasar tangani masalah kekurangan guru sebelum Mac


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Januari 29, 2023 @ 7:58pm bhnews@bh.com.my




Fadhlina menyampaikan ‘ang pow’ kepada kanak-kanak pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan Serbaguna Jawi di sini, hari ini. - Foto NSTP/DANIAL SAAD




NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) menyasar menyelesaikan masalah kekurangan guru di sesetengah sekolah di seluruh negara sebelum sesi persekolahan baharu yang dijadual bermula Mac ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata usaha itu antara langkah pihak kementerian yang diyakini dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru yang sudah berlanjutan sekian lama.

"Isu itu (kekurangan guru) saya fikir ada sedikit (tetapi) bukan kritikal. Memang ada isu di Sarawak, jadi kita selesaikan dulu di Sarawak kerana itu persiapan kita dalam rangka lawatan saya di sana pada ketika itu.

"Memandangkan isu itu memang dibangkitkan dan ditanya, jadi saya jawab ketika itu dalam rangka lawatan di Sarawak dan untuk negeri-negeri lain memang kita melihat juga perkara terbabit.

"Sebelum pembukaan sekolah pada Mac ini Insya-Allah kita akan cuba atasi mana-mana negeri yang masih ada masalah kekurangan guru," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal dan Pusat Khidmat Kawasan Dewan Undangan Negeri Jawi di sini, hari ini.

Semalam, Fadhlina dilaporkan berkata, KPM akan cuba mengisi 50 peratus daripada anggaran jumlah 3,000 kekurangan guru di Sarawak menjelang Mac ini sebagai langkah awal bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di Sarawak.

Beliau turut menyatakan keyakinan penyelesaian mampu dicapai meskipun dasar nisbah 90:10 guru Sarawak dan guru bukan dari Sarawak masih digunakan di negeri itu.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.291663 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list