View: 1424|Reply: 21
|
[Tempatan]
Kos Stadium Shah Alam baharu tak masuk akal - TMJ
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 29-1-2023 02:28 PM
TMJ menyifatkan kos lebih RM700 juta bagi pembinaan Stadium Shah Alam yang baharu sebagai tidak logik.
KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kos lebih RM700 juta bagi pembinaan Stadium Shah Alam yang baharu sebagai tidak logik.
Menerusi satu komen yang dipercayai dibuat beliau di laman Instagram dan kini tersebar di media sosial, Tunku Ismail menganggap pembinaan venue baharu Selangor FC itu adalah berharga RM2 bilion.
"SSI (Stadium Sultan Ibrahim) 400 lebih juta sahaja. Stadium ini (Stadium Shah Alam) sekurang-kurangnya 2 bilion. Kerana mempunyai teknologi yang tinggi. 700 juta lebih tidak logik," katanya.
Stadium Shah Alam yang akan dijenamakan sebagai Kompleks Sukan Shah Alam bakal menjadi mercu tanda baharu buat pasukan Gergasi Merah yang akan dijadikan venue tetap pasukan itu.
Gelanggang serba moden itu dijangka siap pada 2026 dan kemungkinan Selangor FC boleh menggunakan stadium berkenaan pada 2027.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menjelaskan stadium baharu itu bakal dilengkapi dengan padang boleh diubah.
Beliau berkata, stadium yang berkapasiti 35,000 hingga 45,000 tempat duduk itu turut dijangka menggunakan jenis rumput Paspalum atau Zeon Zoysia.
"Saya difahamkan rumput yang akan digunakan sama ada Paspalum atau Zoysia. Buat masa ini masih awal untuk dimuktamadkan, tapi kita akan gunakan rumput selain cowgrass.
"Stadium itu juga akan menggunakan padang boleh ubah, maksudnya ia boleh diguna untuk apa-apa program tanpa merosakkan permukaan rumput.
"Bila rumput dekat luar, dalam (stadium) itu boleh diguna pakai untuk menjalankan aktiviti komersial lain yang boleh menjana pendapat untuk stadium," katanya.
Selain itu, bumbung gelanggang itu juga akan ditutupi dengan bumbung 'transparent ETFE' bagi mengelak daripada terkena hujan bagi membolehkan perlawanan diteruskan selain acara-acara 'indoor' dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan cuaca.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2023/01/1057402/kos-stadium-shah-alam-baharu-tak-masuk-akal-tmj |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Botol dah bunyik...botol dah bunyikkk.. |
|
|
|
|
|
|
|
betul juga apa yg TMJ cakap |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak baikpulih je stadium shah alam sekarang?
Oh maybe KERAjaan pkr dah buat desktop study |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 29-1-2023 03:39 PM
Kenapa tak baikpulih je stadium shah alam sekarang?
Oh maybe KERAjaan pkr dah buat desktop study
Sometimes the cost of baik pulih lebih mahal dari pulling down and re do the whole lot...
Ko dulu uni katner kimarkruk?(soklan berhantu @Tinot7)
Kahkahkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn. replied at 29-1-2023 03:38 PM
betul juga apa yg TMJ cakap
Kos perbelanjaan kerajaan ...the fundamental mustiler...yg paling murah...but highest quality....
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
yg pelik nya
ko buat canggih canggih stadium bagai, kelab selangor main bola mcm sendu je, tak ke buang karan |
|
|
|
|
|
|
|
kos yg 700 juta tu melibatkan pekerja2 hamba abdi dari negeri pasir semangkuk kot
|
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn. replied at 29-1-2023 03:44 PM
yg pelik nya
ko buat canggih canggih stadium bagai, kelab selangor main bola mcm sendu je, tak ke b ...
Tengok stadium sultan ibrahim tak? How ianya naikkheun semangat pemain pemain? |
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn. replied at 29-1-2023 03:45 PM
kos yg 700 juta tu melibatkan pekerja2 hamba abdi dari negeri pasir semangkuk kot
Yg penting bila siap dibina tak roboh bumbung hanya selepas setahun dibina with that kind of cost....
Macam pernah dengar bumbung stadium collapse kheun tok? |
|
|
|
|
|
|
|
Kos tu termasuk kontraktor bertingkat2 kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Polis Dunia dah bersuara. |
|
|
|
|
|
|
|
Vietnam kos padang x sampai 70k, main ok jerr |
|
|
|
|
|
|
|
Dato’ Menteri Besar sebelum ini memberitahu projek KSSA akan dilaksana secara perkongsian awam-swasta dengan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) menanggung kos pembangunan tanpa menggunakan dana awam.
itu kan kos termasuk keuntungan MRCB. MRCB tu pulak taraf GLC, antara main shareholder pun EPF, camtu la pusing2 dia....
cuma harap, dia buat dua layer, basement carpark atau basement go-cart circuit atau basement dual function macam smart tunnel, sebab situ kawasan banjir kilat, dari area KGSAAS-MasjidStadium-Giant.
rugi space kalau buat satu layer je, ruang asal parking pun sangat luas. buat la sekali stadium futsal untuk event international.
tak tengok lagi final phase dia, stadium melawati (untuk badminton/konsert) tu roboh bina baru juga ke tak... |
|
|
|
|
|
|
|
haha....dialah kaki menganjing terengganu darul runtuh.skrg layennnnnnnn...
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 tuanku dapat info jelas semua kos secara detail sebelum bersuara....kalau tidak...jadi menda lain. Lagi satu perlu diingat....bila ko buag projek ngan Anak Sultan...ko nak mark up gila2 .sekali kena sound waktu meeting terus yes sir...kami akan kurangkan kos |
|
|
|
|
|
|
|
700 juta tu kos imaginasi awal je. setahun dalam pembinaan tup2 jadi 1.4billion.. gitula yg I biasa dengar pasal projek2 yang wujud dalam malaysia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa untuk kontraktor kontraktor PH kaut laba |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 29-1-2023 07:40 PM
...andai hari esok, stadium akan runtuh...{:m ...
Habis la...kalau runtuh boleh geng dgn ganung kite |
|
|
|
|
|
|
| |
|