CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 415|Reply: 3

[Dunia] Cecair pencuci disangka jus oren

[Copy link]
Post time 29-1-2023 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Cecair pencuci disangka jus oren


JUS OREN. FOTO HIASAN


Beijing: Tujuh pelanggan sebuah restoran di timur China terpaksa dikejarkan ke hospital bagi prosedur 'sedut perut' selepas dikatakan terminum cecair pencuci yang disangka jus, lapor South China Morning Post (SCMP).

Menurut laporan, kejadian berlaku di wilayah Zhejiang, pada 16 Januari lalu.

Salah seorang pelanggan, Sister Wukong menjamu selera di restoran itu bersama keluarga dan rakannya apabila seorang pelayan membawa sebotol minuman yang disangka jus buah.

Wanita itu menerusi rakaman video mendakwa dia dan enam orang dihantar ke hospital untuk prosedur 'sedut perut' selepas menyedari terdapat kesilapan.

Bagaimanapun, video dimuat naik wanita itu dipercayai sudah dipadamkan.

Penyedutan gastrik adalah prosedur yang boleh digunakan oleh doktor untuk mengosongkan kandungan perut dengan cepat sekiranya berlaku kecemasan.

SCMP melaporkan, kejadian itu berpunca daripada seorang pelayan wanita yang mengalami masalah penglihatan.

Wukong yang menerima rawatan di hospital berkata, mereka bertujuh makan bersama dan terpaksa menjalani prosedur 'sedut perut'.

"Suami adalah orang pertama yang meneguk minuman itu dan memberitahu mereka minuman itu berasa pahit.

"Saya mengambil satu teguk dan menelan. Tekak saya berasa sangat perit serta-merta," katanya.

Beliau berkata, pelayan terbabit memberitahu dia tidak bekerja di restoran itu dan hanya membantu pekerja, pada hari kejadian.

Restoran berkenaan juga menyatakan tidak pasti jenis pencuci lantai yang dihidangkan kepada tetamu.

Bagaimanapun, carian dalam talian menunjukkan beberapa jenama pembersih lantai dalam pembungkusan seperti bekas jus oren dan kebiasaannya tertera bahasa asing.

Seorang pegawai polis dari Balai Polis Xucun berkata, kesemua tujuh pelanggan berada dalam keadaan stabil dan akan mendapatkan pampasan daripada restoran itu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... i-disangka-jus-oren

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sister wukong? Cantik nama tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 03:17 PM | Show all posts
gila. nasib baik x jadi apa2
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun rabun jauh. Memang tak nampak apa apa.blur blur ja. Kena pakai spek sepanjang masa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.207543 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list