CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1056|Reply: 12

[Dunia] Amerika dapati tanda awal vaksin bivalen COVID-19 Pfizer ada kaitan dengan 'stroke'

  [Copy link]
Post time 27-1-2023 08:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 28-1-2023 03:21 PM

UNITED KINGDOM: Satu sistem pemantauan keselamatan memaklumkan bahawa vaksin COVID-19 oleh pengeluar ubat Amerika Syarikat (AS) Pfizer dan rakan Jerman BioNTech yang dikemas kini boleh dikaitkan dengan sejenis angin ahmar otak dalam orang dewasa yang lebih tua, menurut data awal yang dikaji oleh pihak berkuasa kesihatan AS.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) menyatakan pada Jumaat (13 Jan) bahawa pangkalan data vaksin CDC mendedahkan kemungkinan isu keselamatan, yang mana individu berumur 65 tahun ke atas lebih berkemungkinan terkena angin ahmar iskemik 21 hari selepas menerima suntikan bivalen Pfizer-BioNTech, berbanding dengan hari 22 hingga 44.

Angin ahmar iskemik, yang juga dikenali sebagai iskemia otak, disebabkan oleh pembuluh darah, yang menyalurkan darah ke otak, tersumbat.

FDA dan CDC menyatakan bahawa kajian lain, Sistem Laporan Kesan Sampingan Vaksin CDC, pangkalan data negara lain dan pangkalan data Pfizer-BioNTech tidak memaklumkan isu keselamatan tersebut, sambil menambah bahawa ia memerlukan siasatan lanjut.

"Walaupun keseluruhan data pada masa ini menunjukkan bahawa sangat tidak mungkin isyarat dalam VSD (Vaccine Safety Datalink) mewakili risiko klinikal sebenar, kami percaya adalah penting untuk berkongsi maklumat ini dengan orang ramai," menurut pihak berkuasa kesihatan.

Pfizer dan BioNTech menyatakan dalam satu kenyataan bahawa ia dimaklumkan mengenai laporan angin ahmar iskemik dalam kalangan individu berusia 65 tahun dan ke atas selepas divaksin dengan vaksin terkini mereka.

"Pfizer dan BioNTech, CDC atau FDA tidak memperoleh dapatan yang sama merentasi sistem pemantauan lain di AS dan di seluruh dunia dan tidak ada bukti untuk menyimpulkan bahawa angin ahmar iskemik dikaitkan dengan penggunaan vaksin COVID-19 syarikat," menurut kedua syarikat itu.

Kebimbangan keselamatan itu belum dikenal pasti dalam suntikan vaksin bivalen Moderna dan kedua-dua CDC dan FDA terus mengesyorkan agar semua orang yang berumur 6 bulan dan ke atas sentiasa mengikuti perkembangan vaksin COVID-19 mereka.

Sumber: Reuters

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Cucuk jangan tak cucuk!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer ni x laku kt msia la.....sdgkan beksin dh expired pun muntri blh extend lagi....tu blm lagi kena laharan berjemaah persatuan antubeks se msia
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 10:30 PM | Show all posts
Mesti berita ni tak dicedok masuk dlm Harian Meteruk etc kan?

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 11:09 PM | Show all posts
Sekarang zaman jual dulu ada komplen ramai2 kang baru update produk.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 11:53 PM | Show all posts

Walaupun diorang kata above 65, tapi berita ni buat org yg bawah 65 pun serammmmm.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2023 10:47 AM | Show all posts
Edited by brego at 28-1-2023 10:52 AM

CDC ni siapa? cuma palatau

hisham misai kontot kata beksin bivalen tiada risiko.
pakar dalam KKM dah kata selamat, so selamat ler.
takkan la gomen bodoh sangat. ramai pakar dalam tu.
takkan la gomen nak scam rakyat.


- acik kiah, tampoi

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 10:50 AM | Show all posts
Tiada laporan kes strok dalam kajian vaksin Corminaty Bivalent - Dr Noor Hisham
Bernama
Januari 18, 2023 18:08 MYT

Tiada laporan kes strok dalam kajian vaksin Corminaty Bivalent - Dr Noor Hisham

Tiada pelaporan kes strok untuk vaksin Comirnaty Bivalent COVID-19 dalam kajian klinikal oleh syarikat pemegang pendaftaran produk Pfizer Sdn Bhd, yang dikemukakan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR: Tiada pelaporan kes strok untuk vaksin Comirnaty Bivalent COVID-19 dalam kajian klinikal oleh syarikat pemegang pendaftaran produk Pfizer Sdn Bhd, yang dikemukakan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini tiada signal keselamatan strok iskemik dikesan melalui lain-lain sistem pemonitoran keselamatan di Amerika Syarikat susulan penggunaan vaksin berkenaan.

"Memandangkan vaksin itu telah diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat pada 13 Dis 2022, pihak Pfizer Sdn Bhd mesti mengemukakan data keselamatan terkini secara berperingkat selepas vaksinasi.

"Seperti makluman umum, vaksin ini belum digunakan di Malaysia. NPRA akan mengikuti rapat data serta analisis di negara-negara rujukan mengenai vaksin bivalent ini dan akan terus memantau keselamatan semua vaksin COVID-19 yang digunakan di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata demikian bagi mengulas laporan Reuters bertajuk 'U.S. FDA, CDC see early signal of possible Pfizer bivalent COVID shot link to stroke' yang diterbitkan pada 15 Jan lepas.

Beliau berkata, maklumat daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat itu merupakan pemakluman berkenaan satu signal keselamatan yang dikesan daripada satu pangkalan data pemonitoran keselamatan, Vaccine Safety Datalink (VSD).

Katanya, semua signal keselamatan yang dikesan perlu disiasat dan dinilai terlebih dahulu sebelum disahkan.

Analisis lanjut juga tidak mengesahkan signal keselamatan tersebut. Pemonitoran keselamatan vaksin COVID-19 di negara-negara rujukan lain juga tidak mengesan isu keselamatan ini. - BERNAMA


https://www.astroawani.com/berit ... -noor-hisham-402523
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau dlm movie dah ada dah saintis yg pandai jumpa mcm2 bukti keburukan vaksin kobid n geng farmaseutikal akan hantar org utk senyapkan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 11:24 AM | Show all posts
brego replied at 28-1-2023 10:47 AM
CDC ni siapa? cuma palatau

hisham misai kontot kata beksin bivalen tiada risiko.





Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah cucuk tu diam2 jer lah..nanti isam digi akan bagi beksin generasi baru..lebih efisen,lebih selamat...selamat jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak lagi suka stroke the penis
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa berani pi la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.088331 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list