CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

[Perlis] Anggota Rejimen Askar Wataniah perlu sentiasa siap siaga - Raja Muda Perlis

[Copy link]
Post time 25-1-2023 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Anggota Rejimen Askar Wataniah perlu sentiasa siap siaga - Raja Muda Perlis

Januari 25, 2023 @ 11:29am



Raja Muda Perlis, Brig Jen Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail



KANGAR: Raja Muda Perlis, Brig Jen Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan pegawai dan anggota Rejimen 504 Askar Wataniah diletakkan dalam status siap siaga agar boleh dimobilisasi apabila diperlukan.

Baginda bertitah bagi memastikan konsep membantu ganti atau augmentation dapat diimplementasikan, setiap pegawai dan anggota sukarela Rejimen Askar Wataniah mestilah mempunyai kemahiran ketenteraan setanding dengan angkatan tetap.

"Ia dapat direalisasikan dengan peningkatan dalam menjalani latihan ketenteraan dan latihan bersama angkatan tetap," titah baginda yang juga Komander rejimen berkenaan menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh Istana Arau hari ini.

Menurut kenyataan itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas berkenan menerima sembah mengadap Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah (R504AW) Leftenan Kolonel Lasahi Laiji bagi membincangkan hala tuju dan perancangan rejimen pada 2023 di Bilik Persidangan, Galeri Di Raja Arau semalam.

Kenyataan itu turut menyebut Lasahi menyeru anak muda Perlis menyertai rejimen berkenaan dengan hadir ke Kem Rejimen 504 Askar Wataniah Bukit Keteri pada Isnin hingga Jumaat (30 Januari hingga 3 Februari) bermula 8 pagi bagi sesi pemilihan dan pendaftaran.

Katanya, penglibatan anak muda menyertai Askar Wataniah amat diharapkan agar dapat bersama-sama bertindak sebagai barisan hadapan bagi menghadapi sebarang ancaman kepada negara. – BERNAMA








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.095665 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list