CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 504|Reply: 2

Bakar Rumah Mentua, Langgar Bekas Isteri Kerana Tak Nak Jumpa

[Copy link]
Post time 24-1-2023 08:37 PM | Show all posts |Read mode
Berang bekas isteri enggan berjumpa, lelaki di Texas, Amerika Syarikat (AS) tergamak membakar rumah keluarga wanita itu untuk memaksanya keluar.


Dia juga melanggar wanita itu ketika mangsa keluar dari kediaman berkenaan.




FOX 26 Houston




Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Ahad minggu lalu, lelaki dikenali Pablo Patino-Bustos dikatakan ke rumah mentuanya untuk berjumpa bekas isterinya.


Polis berkata, suspek bertindak membakar rumah berkenaan untuk memaksa bekas isterinya keluar.


Suspek kemudian melanggar wanita itu dengan kereta ketika mangsa melarikan diri dari rumah yang terbakar itu.


Fox News melaporkan, abang mangsa, Logan Saldana, 23, mendengar jeritan kakaknya ketika dia sedang cuba memadamkan kebakaran.


"Saya mendengar kakak bertanya apa yang berlaku sebelum suspek memandu pergi.


"Saya mendengar bunyi deruman kereta suspek yang membuat pusingan dan berpatah balik lalu melanggar kakak sebelum (dia) melarikan diri," katanya.




FOX 26 Houston




Susulan kejadian itu, wanita terbabit yang cedera membuat laporan polis dan suspek berjaya ditahan di rumahnya, dua hari kemudian.


Polis berkata, suspek yang bersenjata api berjaya ditahan oleh pasukan SWAT bersenjata.


Konstabel Mark Herman berkata, suspek kini ditahan di Penjara Harris County atas dakwaan ancaman keganasan dan pembakaran.


Katanya, suspek dikenakan jaminan berjumlah AS$4,500,000 (kira-kira RM19 juta) oleh mahkamah daerah.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2023 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal harga ikat jamin, macam takde harapan  je tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa la kejam sangat dia ni. Heartless
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.076566 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list