CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1548|Reply: 20

Bini Muda Cari Nafkah, Bini Tua Jaga Suami Sakit

[Copy link]
Post time 24-1-2023 05:56 PM | Show all posts |Read mode
"Mereka berdualah hidup dan mati saya," kata Maaroof Noordin, 58, mengenai isteri pertamanya, Noraini Ishak, 42, dan isteri kedua, Effa Rizam Abd Ghafar, 42.


Noraini dan Effa Rizam bukan sahaja mampu berkongsi kasih, malah setia menjaga suami yang sakit dalam keadaan kehidupan keluarga dihimpit kesusahan selepas Maaroof kehilangan kaki kiri akibat penyakit kencing manis, kira-kira tiga bulan lalu.


"Hidup kami berubah selepas kaki kiri saya terpaksa dipotong Oktober lalu, sekali gus tak mampu lagi teruskan kerja sebagai tukang rumah. Kini isteri kedua terpaksa bekerja sebagai tukang kebun di sebuah kilang di Gebeng, dengan pendapatan RM1,500 sebulan.




Maaroof Nordin (tengah) bersama dua isterinya, Noraini Ishak (kanan) dan Effa Rizam Abd Ghafar di rumah sewa mereka di Kampungg Cherating Lama, Kuantan. - NSTP/KHAIRULMIZAN YAHYA




"Isteri pertama pula menguruskan rumah, termasuk menjaga keperluan saya," kata Maaroof ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherating Lama, di sini, hari ini.


Dia berkahwin dengan Noraini pada 2007 dan sudah hampir lima tahun berpoligami selepas mengahwini Effa Rizam pada 2018, namun tidak dikurniakan anak bersama kedua-dua isterinya itu.


Sementara itu, Effa Rizam berkata, dia dan madunya sudah membahagikan tanggungjawab masing-masing selepas suami mereka kehilangan kaki kiri yang terpaksa dipotong.


"Namun dengan pendapatan sekarang memang tak cukup, sewa rumah dan bil api air juga sudah dua bulan tertunggak. Untuk kos rawatan suami termasuk barang keperluan dan belanja ulang alik ke hospital sahaja sudah cecah RM600 sebulan," katanya.


Terdahulu, nasib keluarga terbabit mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO), Amal Team yang memberikan sumbangan berupa katil, kerusi roda serta barangan keperluan harian termasuk makanan.


Mengenai penyakitnya, Maaroof berkata, dia disahkan menghidap kencing manis pada 2021 dengan petanda awal apabila bahagian kaki sebelah kiri membengkak digigit semut, tetapi pulih tidak lama kemudian.


"Selepas itu, bahagian sama digigit nyamuk dan pemeriksaan lanjut mendapati saya menghidap penyakit kencing manis peringkat empat. Kemuncaknya pada Oktober lalu apabila doktor menasihatkan saya memotong kaki bagi mengelak masalah ke bahagian lain," katanya.


Bagi membantu meringankan beban keluarga itu, Pemudah Cara Amal Team yang turut berperanan dalam Briged Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jamilah Salleh, berkata pihaknya sudah memanjangkan kes berkenaan kepada MUIP untuk bantuan selanjutnya.


"Daripada siasatan yang kami lakukan, keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf dan layak menerima bantuan berkaitan. Sekarang kami sedang mengusahakan bantuan 'one-off' untuk keluarga ini bagi menyelesaikan tunggakan sewa dan bil. Bantuan bulanan daripada MUIP masih dalam proses," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2023 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dedua isteri takda anak bila kahwin ngan dia dan mungkin takkan ada anak dah memandangkan dia pun kencing manis kronik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg penting? Kerjasama..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 09:58 AM | Show all posts
Yg ni iol ok je, smoga mreka brtiga d kurniakn rzeki & umur yg brpnjngan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 12:38 PM | Show all posts
orang lain berkerusi roda juga .. bolehjer bekerja ...
ioni nak kena jaga dia memanjang segala
kesian la bini no 2 tujer yg bekerja

nak jaga dia apa nya ...
belajar lah mengurus diri dan bekerja

orang lainkaki tangan tak ada
boleh kerja ja aiiii
yg bini tua tu pun
boleh je pi kerja kedai makan ke apa ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 25-1-2023 12:38 PM
orang lain berkerusi roda juga .. bolehjer bekerja ...
ioni nak kena jaga dia memanjang segala
kesi ...

Biarlah dorang uruskan kehidupan dorang. Tak payah lah kita tunjuk pandai sedangkan kita pun bukannya pandai mana pun urukan keluarga sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2023 01:24 PM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 25-1-2023 12:38 PM
orang lain berkerusi roda juga .. bolehjer bekerja ...
ioni nak kena jaga dia memanjang segala
kesi ...

Betul juga. Tapi mungkin dia pun tengah nak sembuh dari luka potong kaki baru 3 bulan dan nak sesuaikan diri lepas sembuh. Lepas tu bolehlah cari kerja dan uruskan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 25-1-2023 12:38 PM
orang lain berkerusi roda juga .. bolehjer bekerja ...
ioni nak kena jaga dia memanjang segala
kesi ...

Aduhhh … bila kita start compare kita mesti disappointed …

Tak semua org berkerusi roda mampu bekerja uolss  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2023 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
3k sebulan
3 orang makan
Kalau tak kerana ubat sakit somi tu
Elok aje kewangan semua
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 24-1-2023 06:41 PM
Dedua isteri takda anak bila kahwin ngan dia dan mungkin takkan ada anak dah memandangkan dia pun ke ...

Pokcik ni mandul.
Maybe masa nk kawin ke2 tu dia & bini ingat bini yg mandul, sudahnya terbukti pocik yg mandul. Nasib tak baik, isteri² pulak yg berkorban jaga dia. Mesti pokcik rasa tak berguna kan skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 02:23 PM | Show all posts
kasut masing2 tak sama..semoga mereka ni dipermudahkan urusan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 02:51 PM | Show all posts
umur sama yg mana satu bini tua mana satu bini muda?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 03:01 PM | Show all posts
Takpe la masing2 redho. On another note kenapa banyak sangat spam uols?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 25-1-2023 12:38 PM
orang lain berkerusi roda juga .. bolehjer bekerja ...
ioni nak kena jaga dia memanjang segala
kesi ...

Dia asalnya kerja tukang rumah. Banyak guna tenaga dan pergerakan fizikal. Nak kena angkat barang berat dan memanjat. Oktober lalu dia potong kaki. Sekarang mungkin dlm proses pemulihan. Tgk kan keadaan dia dah tak mampu jadi tukang rumah semula. Sementara tunggu sembuh boleh fikir buat kerja lain.

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 25-1-2023 12:38 PM
orang lain berkerusi roda juga .. bolehjer bekerja ...
ioni nak kena jaga dia memanjang segala
kesi ...

Oku pun ramai yg dah boleh berdikari jugak kheunz? Tak perlu seperti  mak ayah yg kita lihat ramai skg ini...yg masih terlalu overprotective...

Aku tak sebut ko tau nikimie?

Ahakzzz

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 25-1-2023 02:51 PM
umur sama yg mana satu bini tua mana satu bini muda?

Anak jiran aku yg 3 tahun pernah menyebut..kalo dua org yg nampak macam seusia giteww..utk tahu yg mana lebih berusia..lihat sahaja pada cuping telinga mereka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2023 04:08 PM | Show all posts
suami dpt service kedua-dua isterinya tak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 04:52 PM | Show all posts
kerja tukang rmh ni byk guna kudrat
ni takde kaki sebelah mmg tak dpt da kerja bt rmh
kena cari kerja lain harap2 ada la yg blh tolong carikan kerja yg sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 06:40 PM | Show all posts
my bad
betullah
maybe dia belum semboh dari luka potong kaki tu
sebab dia pun diabetik ... luka lambat semboh
moga dia cepat semboh
dan dapat menjalankan t/jawab as ketua keluarga

tapi
tetap lah saya kasihan kat bini no 2 tu je yg kena kerja sorang utk support 3 mulut ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 25-1-2023 06:40 PM
my bad
betullah
maybe dia belum semboh dari luka potong kaki tu

Asyik pikir yg buruk je tang org...cuba kalo anak ko yg unique iteww disebut sebut selalu...being protected terlampau over sangat sedangkheun dia sendiri rasa rimas ...macam ko tak conpiden dgnnya....

Cuba jawab....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.078649 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list