CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 723|Reply: 2

Wanita Nyaris Terberanak Dalam Kereta Di Jelawat Diiringi 2 Polis Trafik Ke Hospital

[Copy link]
Post time 24-1-2023 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Dua anggota polis trafik berjaya menyelamatkan seorang wanita sarat mengandung daripada bersalin di dalam kereta di Jelawat di sini pada Isnin.


Mereka mengiringi kereta yang dinaiki wanita terbabit ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu selepas terperangkap dalam kesesakan jalan raya di kawasan berkenaan.




Dua anggota polis trafik berjaya menyelamatkan seorang wanita sarat mengandung daripada bersalin di dalam kereta di Jelawat, Bachok pada Isnin. - Foto: PDRM





Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, kereta jenis Proton Wira dipandu suami wanita itu dilihat memandu secara melulu dan memotong di garisan berkembar pada jam 7 malam.


"Dua anggota trafik tersebut baru sahaja selesai menjalankan Op Selamat di Jelawat.


"Mereka telah melihat insiden itu dan terus menahan kereta terbabit," katanya kepada pemberita ketika dihubungi.


Menurut beliau, semasa menjalankan soal siasat pemandu kereta yang berusia dalam lingkungan 30-an itu memaklumkan isterinya sedang sakit untuk bersalin.


Ujarnya, anggota trafik telah mengiringi kereta itu ke Klinik Kesihatan Gunong di sini untuk mendapatkan bantuan ambulans.


Shuhaimi berkata, setiba di klinik itu, ambulans didapati telah keluar untuk membawa pesakit lain ke hospital.


“Keadaan ketika itu menyebabkan dua anggota polis itu terus bertindak mengiringi kereta terbabit sejauh 20 kilometer ke HRPZ II.


"Ini kerana mereka bimbang wanita tersebut akan bersalin di dalam kereta jika dibiarkan pergi tanpa iringan,” katanya.


Menurut Shuhaimi, pasangan suami isteri itu selamat tiba di HPRZ II pada jam 8 malam sebelum wanita terbabit dibawa ke wad bersalin.


Beliau menghargai tindakan pantas anggota polis yang prihatin dan cakna membantu orang awam pada Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina.


Tambahnya, meskipun sibuk dengan tugasan mengawal kesesakan trafik, anggota polis juga sentiasa diingatkan agar melakukan khidmat sosial apabila masyarakat menghadapi masalah di jalan raya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2023 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas beteh
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa jadi mcm ni... Dulu2 ambulans yg aku naik pun pernah sbb kl jem gila masa tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.082778 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list