CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua kru gagal tunjuk dokumen diri, bot nelayan ditahan

[Copy link]
Post time 24-1-2023 03:11 PM | Show all posts |Read mode
Dua kru gagal tunjuk dokumen diri, bot nelayan ditahan

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI24 Januari 2023 02:07pm






Lima nelayan warga asing ditahan selepas dua daripada mereka tidak mempunyai dokumen diri yang sah.




GEORGETOWN - Sebuah bot nelayan tempatan kelas C ditahan selepas pemeriksaan mendapati, dua daripada krunya yang merupakan warga asing tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

Bot tersebut ditahan pada kedudukan 13 batu nautika barat daya Pulau Kendi oleh sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang yang membuat rondaan dalam Op Pertiwi dan Op Tanjung.

Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot tersebut ditahan untuk pemeriksaan pada jam 4.15 petang, Isnin.

"Bot tersebut dikendalikan oleh seorang tekong warga Thailand dan empat kru warga Myanmar berusia antara 27 hingga 55 tahun. Selepas pemeriksaan dibuat, kita mendapati dua daripada kru bot yang berusia 45 dan 48 tahun gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta melanggar syarat sah lesen.

"Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu melanggar syarat lesen dengan menggunakan kru asing tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.


Bot nelayan tempatan kelas C yang dirampas daripada lima nelayan warga asing pada Isnin.





Beliau berkata lagi, bot tersebut berpangkalan di Pantai Remis, Perak.

"Bot serta kesemua kru yang ditahan termasuk 100 kilogram hasil laut dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.




"Maritim Malaysia mendapati masih terdapat segelintir pengusaha atau pemilik bot yang berdegil menggunakan pekerja warga asing tanpa dokumen walaupun tangkapan dan amaran telah dibuat sebelum ini," katanya.

Tegasnya, Maritim Malaysia Pulau Pinang tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

Tambah beliau, sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.262910 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list