View: 3267|Reply: 28
|
Trend Mas Idayu ‘Sembur’ Orang Dah Basi - Azwan Ali
[Copy link]
|
|
Pengacara sensasi, Azwan Ali berpandangan tindakan juri memberikan komen secara berlebih-lebihan tanpa menjaga perasaan peserta yang bertanding dalam program realiti adalah tidak wajar.
Jelasnya, setiap juri berhak mengeluarkan pandangan, kritikan mahupun saranan tetapi perlu berlandaskan cara penyampaian yang betul supaya tidak kelihatan buruk di kaca televisyen.
Utusan
Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA juga berharap mana-mana individu yang dilantik menjadi juri supaya menghormati setiap peserta yang bertanding lebih-lebih lagi sekiranya sesebuah rancangan disiarkan secara langsung.
“Perlu ada batas apabila nak mengamuk atau menghentam peserta. Mas Idayu berhak menegur tetapi ada cara yang lebih baik, berlapik dan beretika sebagai tanda sayang kepada peserta. Trend Mas Idayu ‘sembur’ orang ini terus terang saya cakap sudah basi untuk 2023.
“Pada pihak produksi pula jadikan peristiwa ini sebagai iktibar. Tidak kisahlah nak cipta drama atau kejar rating, jangan gunakan kerusi juri untuk mengeruhkan lagi keadaan serta hormat peserta yang bertanding,” katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.
Menurut Azwan, dia menegur Mas Idayu dengan pandangan ikhlas sebagai rakan artis yang pernah bekerjasama semasa program Lagu Cinta Kita 2, tiga tahun lalu.
“Saya tegur sebab sayang pada Mas Idayu. Kalau saya berada di tempat Sissy Imann mungkin saya sudah tinggalkan terus set semasa siaran langsung.
“Tak dinafikan nyanyian Sissy kedengaran agak sedikit sumbang dan seperti merosakkan lagu tersebut, tetapi tegurlah secara baik kerana mereka juga insan seni dan program ini juga adalah berbentuk santai kekeluargaan,” jelasnya.
Disoal penjelasan Mas Idayu semasa ditemubual di stesen radio semalam yang mengambil pendekatan tersebut kerana sayang, Azwan yang sinonim dengan ayat ‘see my level’ berkata, tindakan yang dibuat hanya jawapan selamat semata-mata.
“Itulah jawapan paling selamat sebab sayang. Ini bukan soal sayang tetapi maruah seseorang. Walaupun saya tidak pernah dipanggil mana-mana stesen televisyen jadi juri sebab mungkin produksi ingat mulut saya lagi ‘laser’ dari Mas Idayu.
“Bagi saya menjatuhkan maruah seseorang dalam keadaan sebegitu adalah tidak boleh diterima. Bagilah alasan apapun, tetap tidak dibenarkan,” katanya.
Ditebak sama ada Sissy tidak mempunyai hati yang kental sebagai penyanyi sehingga mengalirkan air mata dan memalingkan muka ketika siaran langsung tersebut, Azwan membidas perkara tersebut.
“Anda bukan berada di tempat Sissy. Kalau kita dikecam secara langsung di televisyen sudah tentu tidak tahan juga. Cara kritikan tersebut sebenarnya sudah menjatuhkan maruah Sissy sebagai peserta dan penyanyi,” katanya.
Xtra
Terdahulu, persembahan Sissy dan Naim Daniel menerusi lagu Jampi nyanyian asal Hael Hussaini pada minggu keenam, program realiti Famili Duo di TV3 menerima kritikan pedas daripada juri tetap, Mas Idayu yang menganggap mereka tidak membawakan lagu itu dengan baik.
Bagaimanapun, Sissy tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sebaik sahaja menerima kritikan berkenaan.
Dalam perkongsian di Instagram, Sissy juga meminta maaf kerana nyanyiannya mengecewakan ramai pihak sekali gus menganggap dirinya tidak lagi disayangi dalam bidang muzik.
Kritikan pedas Mas Idayu pada persembahan Sissy turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan cara kritikan juri tetap program realiti itu.
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
Selama Azwan Ali berkecimpung dalam bidang meng-haktuih-kan orang, inilah interview beliau yang paling ilmiah! Tak kisah lah wartawan tu yang bijak sebab mengolah ayat temubual nampak classy, aku tetap puji pendapat Azwan Ali |
|
|
|
|
|
|
|
KO maki sumpah seranah orang pun dah basi.... Cuma MULUT KO AA yg TAK MATI2..
|
|
|
|
|
|
|
|
uolz buang tebiat ke bebi AA? |
|
|
|
|
|
|
|
Pendapat yg sgt2 rare dari diba AA yg aku setuju.tok pinaz pun aku xde la impress dia perform.tapi bila dia bagi kritikan jujur yg dia ahlinya x perlu pun dia menjerit ,marah mcm kena rasuk syaithooon. |
|
|
|
|
|
|
|
Jap... Ni wartawan olah blk statement AA ke apa nih... Sopan Sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Divaa dah insof ke |
|
|
|
|
|
|
|
Aah btul… dah la kena cerca scara live.. klu aku jd sisi pun aku blah je x perlu dgr pun.
Even kt tpt kje klu bos ko ngamok2 kt ko.. ko blah jer… ni bkn masa ko nk kna feeling2 strong. Klu ko kje tentera ke tu lain cter la mmg awal2 dah tau ko akn kna maki. |
|
|
|
|
|
|
|
NekKebayan ni dulu buat kat BabyShima kan? Pastu konon sebab sayang. iols rasa dia jeles sbb Babyshima muda dan cantik dari rupa nenek kebayan dia. Pastu Babyshima pulak pi mengadap dia nak tunjuk dia ok dan faham sinenekkebayan buat mcm tu. Siap asyik guna hashtag adanampakmummyhappy as though normalizekan benda gini. Benda paling bodoh diterima ialah alasan sayang utk buat sesuatu perkara yg jijik kat orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Diva AA, walaupun suka guna ayat2 memaki kat medsos dia, tapi bila kat TV dia sangat2 behave ok. Ni lah propesyeonel |
|
|
|
|
|
|
|
September14 replied at 24-1-2023 03:37 PM
Aah btul… dah la kena cerca scara live.. klu aku jd sisi pun aku blah je x perlu dgr pun.
Even kt ...
Exactly. Walk away. Jangan bg org pijak2 kita walaupun dia Boss. |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra: Pendapat yg sgt2 rare dari dib ...
Bethol. Nampaklah kritikan membina dan professional. Nek kebayan tu terpekik terlolong nampak nau memcapub |
|
|
|
|
|
|
|
Kali ni azwan ali betul. Tapi dia kalau jadi host sgt profesional |
|
|
|
|
|
|
|
asal azwan ni x mengacara macam tahun lepas….best je tgk….
mas i dayus tu memang rempit haprak macam dia je terpaling walaupun btul dia cakap….tapi uish rasa nak pelempang je org cam tu….. |
|
|
|
|
|
|
|
Susah nak pecaya statement ni kuar dari milit diva aa[em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
Diva AA ni dlm socmed memang laser Nauzubillah. Tapi bila melibatkan program tv, dia tau macam mana nk tunjukkan kredibiliti dan profesionalisme dia. Betul la kan, tengking2 peserta tu so zaman batu sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Diba AA bangun tido terhantuk bucu katil ke.....tetibe siuman
|
|
|
|
|
|
|
|
Tegoran kasih sayang dari dibah utk kawan comolotnya |
|
|
|
|
|
|
|
Diva AA sounds waras sgt kali ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dibah kalo bab kerja mmg professional. Jgn mudah keliru ngan dia dlm socmed. Tu 2 benda berbeza |
|
|
|
|
|
|
| |
|