CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 290|Reply: 1

[Kedah] Budak 5 tahun lemas di kolam air panas Ulu Legong

[Copy link]
Post time 23-1-2023 12:56 PM | Show all posts |Read mode

PENGUNJUNG Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong membantu memberi rawatan awal kepada kanak-kanak perempuan disahkan lemas ketika dibawa ke Hospital Baling. FOTO ihsan pembaca

Baling: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemukan mati lemas di kolam Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Ulu Legong, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pihak Hospital Baling berhubung kejadian itu pada jam 12.10 tengah malam, semalam.

Beliau berkata, kanak-kanak terbabit dipercayai pergi ke pusat rekreasi itu Sabtu lalu pada jam 8 malam bersama keluarganya untuk beriadah.

"Pada awalnya, kanak-kanak itu mandi di ruangan kolam kanak-kanak namun mangsa dipercayai hilang dari pandangan ahli keluarganya.

"Keluarganya kemudian mencari mangsa di sekitar kolam namun gagal menemuinya.

"Namun kira-kira 15 minit kemudian, kanak-kanak itu ditemui tidak sedarkan diri di kolam mandi dewasa oleh pengunjung yang mandi di situ," katanya ketika dihubungi hari ini.

Shamsudin berkata, kanak-kanak itu kemudian dibawa keluar dari ruangan kolam renang dewasa itu kira-kira jam 9.40 malam dengan diberi bantuan awal oleh pengunjung di situ.

Beliau berkata, waris mangsa kemudian menghubungi ambulans sebelum dibawa ke Hospital Baling untuk mendapatkan rawatan.

"Pegawai perubatan hospital berkenaan kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia ketika dibawa ke hospital pada jam 11.20 malam dan bedah siasat dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar semalam.

Shamsudin berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap kanak-kanak itu mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mengabaikan anak yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

"Polis menasihatkan masyarakat khususnya ibu bapa yang ingin beriadah di pusat rekreasi supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ir-panas-ulu-legong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2023 06:46 PM | Show all posts
Sentiasa mengawasi anak tidak kira berada di mana sahaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.455226 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list