View: 821|Reply: 7
|
Pendaki Dikhuatiri Lemas Ketika Lintas Sungai Tanum
[Copy link]
|
|
Seorang pendaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika melintasi Sungai Tanum, Lipis pada Ahad.
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama sembilan yang lain melintas sungai itu dalam perjalanan turun dari Gunung Tahan.
Gambar hiasan
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.45 petang.
Menurutnya, empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis bersama 10 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (Moscar) serta lima anggota polis melakukan pendakian Gunung Tahan untuk ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.
"Berdasarkan maklumat, mangsa bersama rakan pendaki lain melakukan pendakian melalui pintu masuk di Merapoh, Lipis pada Jumaat lalu dan dijangka turun pada Selasa ini.
"Ekoran keadaan cuaca hujan lebat, kumpulan pendaki itu mengambil keputusan berpatah balik dan turun melalui laluan Kuala Juram," katanya.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...
Mmg aku x minat hiking2 kat hutan gunung ke...
Dah minat masing2 ye dak |
|
|
|
|
|
|
|
Dr pagi sabtu smpi skrg ni hujan xberhenti |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pernah daki gunung Tahan.. Memang kena lintas sungai.. Arus pun boleh tahan deras.. Tapi kitorang dulu siap rentang tali dan pegang tangan sepanjang sungai.. Tapi kalau dah nak terlucut memang tak boleh nak kata apa la.. |
|
|
|
|
|
|
|
buat water tubing kat gopeng sungai tersgt kecik & cetek pun boleh di bawa arus. apetah lagi sungai besar |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 22-1-2023 09:05 PM
X taw nk kata apa dah
Kata ' innaalillahi.....hingga akhir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Musim hujan ni elokla jgn dok pegi hiking |
|
|
|
|
|
|
| |
|