CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 0

[Kedah] Sik masih sejuk walau suhu lebih 18 darjah celsius

[Copy link]
Post time 21-1-2023 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Sik masih sejuk walau suhu lebih 18 darjah celsius

oleh ROSHILA MURNI ROSLI21 Januari 2023 02:53pm






Cuaca yang berkabus dan dingin di daerah Sik dapat dinikmati setiap kali musim angin Timur. Gambar kecil: Mohamad dan Junainah.




SIK - Daerah Sik yang tular persis berada di Cameron Highlands pernah mencatat suhu luar biasa 18 darjah celsius pada Selasa lalu.

Pemilik kedai, Abdul Rahman Ibrahim, 67, berkata, cuaca sejuk itu menyebabkan dia terpaksa mandi dan mengambil wuduk menggunakan air suam sejak beberapa hari lepas.

Menurutnya, meskipun suhu telah meningkat kepada 23 darjah celsius pada Sabtu, namun kedinginan tetap terasa tambahan pula cuaca hujan pada Jumaat malam.

"Seawal jam 7 pagi sudah ada kabus tebal dan rasa sejuk di beberapa kampung di Sik, penduduk pun terpaksa pakai jaket keluar mai beli barang di kedai," katanya ketika ditemui di kedai runcitnya di Kampung Lubuk Tualang di sini pada Sabtu.

Walau bagaimanapun, Abdul Rahman berkata, daerah berkenaan pernah mencatat suhu kurang daripada 18 darjah celsius sekitar tahun 70-an.

"Dulu memang sejuk lagi, sampaikan bercakap pun keluar asap, sekarang saja suhu sejuk makin kurang tapi dingin tumasih terasa," ujarnya.


Abdul Rahman mengenakan baju sejuk ketika menguruskan kedai runcitnya di Kampung Lubuk Tualang di sini pada Sabtu.





Penduduk, Mohamad Wahab, 37, berkata, cuaca sejuk di beberapa kampung itu dapat dirasai bermula pada waktu subuh sehingga jam 11 pagi.




"Hari Selasa itu sampai 18 darjah celsius, memang sejuk sampaikan anak saya ingat saya letak ketul ais dalam kolah mandi sebab air terlalu sejuk," katanya.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Cik Mad Dj berkata, fenomena dingin ini selalunya dirasai pada awal Januari sehingga penghujung bulan.

"Kadang-kadang bila waktu petang cuaca mendung dan sejuk, kita sudah yakin esok pagi mesti sejuk," katanya.

Junainah Ahmad, 46, pula berkata, rata-rata penduduk Sik berharap keunikan cuaca sejuk setiap kali musim angin Timur ini dapat dikekalkan sehingga generasi akan datang.

Junainah berkata, terdapat desas desus mendakwa projek baharu pembalakan akan dijalankan di daerah berkenaan.

"Dulu masa zaman kanak-kanak, cuaca lagi sejuk dari sekarang sebab banyak pokok sebelum ada pembalakan, sekarang banyak pokok besar sudah pupus.

"Kita kalau boleh nak sampai generasi akan datang boleh lagi rasa suasana ini. Kalau terus ada pembalakan, 10 tahun lag tidak tahu ada lagi atau tidak cuaca sejuk macam ini," luahnya

Sementara itu, Noor Asyikin Abdul Rahman, 40, berkata, ramai anak rantau turut mengambil kesempatan pulang ke kampung pada cuti Tahun Baharu Cina untuk menikmati suasana yang unik ini.


Noor Asyikin (kiri) berswafoto bersama adik dan anaknya di hadapan rumah mereka di Kampung Lubuk Tualang pada Sabtu.





"Sejak daerah Sik tular mengenai cuaca sejuk, ramai rakan-rakan di Kuala Lumpur turut teruja.

"Saya pun pada awalnya tidak bercadang balik kampung, tapi bila dengar cuaca mula sejuk, jadi teringin nak balik pula," katanya yang pulang ke kampung pada Jumaat.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata, jika cuaca sejuk di daerah ini dapat dikekalkan ia boleh menjadi sumber pendapatan penduduk melalui pembangunan eko-pelancongan.

"Boleh nak komersial kawasan Sik ini kalau ada modal, pemandangan sini pun sudah ala-ala Kundasang," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.219607 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list